Sunday 3 March 2013

Pertandingan Bola Sepak Kelompok 7 (sr) 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari sabtu 2hb Mac 2013 berlangsung perlawanan bola sepak kelompok 7 (sr) 2013 yang berlangsung pada jam 8.00 pagi di padang dan dianjurkan oleh SK Khir Johari. Seramai 7 sekolah kelompok 7 yang menyertai dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, A dan B.


Alhamdulillah, sekolah kita berjaya melepasi halangan dalam peringkat kumpulan dan mendapat tempat kedua di dalam kumpulan A selepas memenangi 1 perlawanan dan seri baki 2 perlawanan dan mengumpul sebanyak 5 mata keseluruhan di bawah tempat pertama dari SK Khir Johari yang mengumpul 7 mata dengan 2 kemenangan dan 1 seri. Berikut adalah keputusan perlawanan yang berakhir jam 4.30 ptg.

Perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir akan berlangsung pada hari isnin 4 Mac 2013, di padang SK Khir Johari dari jam 2.30 ptg dan berikut adalah jadual separuh akhir yang akan berlangsung.

SK SELEKOH vs SK SG. BATANG
SK KHIR JOHARI vs SK SG. TIANG DARAT

Marilah kita sama- sama berdoa dan memberikan sokongan padu kepada pemain yang mewakili sekolah agar berjaya ke peringkat akhir dan menjuarai peringkat kelompok 7, insyaAllah. Berikut adalah gambaran pertandingan yang berlangsung di padang SK Khir Johari sg sumun.

Murid-murid yang mewakili Sekolah sesi 2013

Persediaan sebelum memulakan perlawanan.

Guru-guru dan bapa murid yang hadir memberi semangat kepada pasukan sekolah.

Adik Salman selaku (ketua pasukan) menerima dan mendengar arahan dari pegawai perlawanan.

Perlawanan berlangsung.

Para pemain, jurulatih, guru-guru dan bapa murid yang bergambar kenangan bagi sesi 2013




0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena