Tuesday 31 July 2012

Majlis Perpisahan dan Selamat Bertugas di SKS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada hari ini berlangsung secara ringkas dan sederhana majlis perpisahan Penolong Kanan HEM Encik Abdullah Mat Johari yang akan mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Hutan Melintang sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Walaupun berat hati ingin melepaskan, namun disebabkan arahan dan kenaikan pangkat, pertukaran ini kami relakan dalam keterpaksaan. Kami, guru-guru, staf sokongan dan semua murid, mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa yang telah beliau sumbangkan selama ini, dan selamat maju jaya di tempat baru. 

"Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan"

'JASAMU DIKENANG SELALU'

Ucapan daripada Tuan Guru Besar SKS


Ucapan perpisahan dari Cikgu Abdullah






Bergambar kenangan bersama guru-guru lelaki

Bergambar kenangan bersama guru-guru perempuan

Salam perpisahan daripada semua murid SKS.


Patah tumbuh hilang berganti, begitulah ibaratnya kehidupan ini. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan serta mengucapkan selamat bertugas kepada 2 orang Penolong Kanan baru ke SKS Encik Khairussalleh b. Abdul Halim sebagai Penolong Kanan Pentadbiran yang baru dan Encik Mohd Zubaidi b. Mahmud yang akan mengisi kekosongan sebagai Penolong Kanan HEM sekolah. Encik Khairussalleh sebelum ini telah bertugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SK Kampong Baharu, Sungai Dulang dan Encik Mohd Zubaidi sebagai Penolong Kanan HEM di SK Sungai Sumun. Mudahan-mudahan dengan kehadiran 2 Penolong Kanan baru ke SKS dapat melancarkan perancangan yang sedang dan akan direncanakan nanti. InsyaAllah.

PK Pentadbiran - Encik Khairussalleh b. Abdul Halim

PK HEM - Encik Mohd Zubaidi b. Mahmud





Read More

Friday 20 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Dikesempatan ini kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat, pembaca/follower blog, murid-murid SK Selekoh, sahabat sahabat handai, rakan sekerja dan saudara mara jauh dan dekat
Semoga dibulan yang mulia ni dapat kita meningkatkan lagi amalan serta ketakwaan kita kepada Allah SWT. Insyaallah.

Read More

Thursday 19 July 2012

Majlis Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Selekoh

Majlis Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Selekoh kali ke 30.
Read More

Wednesday 18 July 2012

Jemputan Sukan SKS 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera


            Dijemput kepada YB/Dato/Datin/Dr./Bekas Guru/Tuan/Puan ke majlis Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Selekoh kali ke 30 pada 19 Julai 2012 bersama hari Khamis bermula jam 2.00 petang yang akan dirasmikan oleh Pegawai bersara, Kapten (B) En. Mohd Toha b. Abdul Bahari dan kehadiran Pegawai Khas YB Dato' Shaarani b. Mohamad Adun Rungkup. Semoga dengan kehadiran tuan puan sekalian dapat memeriahkan lagi Kejohanan Balapan dan Padang SKS ini. Terima kasih.
Read More

Acara Guru & Kakitangan Kejohanan Balapan & Padang SK Selekoh 2012

Gambar-gambar Acara Guru & Kakitangan Kejohanan Balapan & Padang SK Selekoh 2012.
Read More

Thursday 12 July 2012

Percubaan UPSR 2012 bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012, bermula pada hari 11 Julai dan berakhir pada 13 Julai. Pada 11 Julai bersamaan hari Rabu murid akan menduduki ujian Bahasa Melayu Kefahaman dan Penulisan serta Matematik kertas 2. Pada 12 Julai, murid akan menduduki pula ujian Bahasa Inggeris 1 dan Bahasa Inggeris 2 serta Sains. Manakala pada hari terakhir, murid akan menduduki peperiksaan Matematik kertas 1 sahaja. Harapan guru-guru dan ibubapa, semoga murid-murid dapat menjawab soalan dengan tenang dan mencurahkan segala ilmu yang telah dipelajari dengan mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan. 'Berusaha, Berdoa dan Bertawakal'.

"SELAMAT MAJU JAYA"


Read More

Tuesday 10 July 2012

1M1S:Senamrobik SKS 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Demi menyahut seruan kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah Kebangsaan Selekoh tidak terkecuali menyertai dan melaksanakan program 1M1S Senamrobik peringkat sekolah. Penglibatan dari semua murid, guru dan staff sokongan menyemarakkan lagi senamrobik ini. Program ini berjalan dengan lancar bermula jam 7.30 pagi sehingga lebih kurang jam 9.00 pagi. 

Sesi pendaftaran murid dijalankan mengikut kelas.


Persediaan awal oleh guru dan ucapan ringkas dari Sir Gunalan

Sesi regangan badan dijalankan.


Bacaan doa oleh Ustaz Muhsin



Cikgu Aziz meregangkan badan sambil diperhatikan oleh PK HEM En. Abdullah dan Ustazah Hamzani

Antara guru-guru yang turut serta dalam senamrobik.

Guru bersemangat melakukan senamrobik

Aktiviti senamrobik yang dijalankan.

Antara guru dan staff yang melakukan senamrobik.

Wah.. makin rancak.

Kegembiraan murid dalam melakukan senamrobik menyerlah.

Konduktor senamrobik yang harus dipuji melaksanakan tugas dengan jayanya.

Cuba teka yang mana satu cikgu.

Asyiknya cikgu-cikgu bersenamrobik.

Ops jaga langkah anda.


Ustaz Muhsin macam lain je gayanya.

Semua murid melakukan dengan jayanya.

Tuan Hj. Misran juga turut serta senamrobik.



Aktiviti regangan badan 'cool down' dilakukan selepas senamrobik.

Read More

Merentas Desa Murid Tahun 3 hingga 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selesai acara merentas desa bagi murid tahun 1 dan 2 pada sebelah pagi, pada sebelah petang pula berlangsung acara merentas desa bagi 2 kumpulan, iaitu bagi tahun 3 dan 4, dan tahun 5 dan 6. Acara dimulakan pada jam 3 petang dan berakhir dalam jam 5.30 petang. Berikut adalah aktiviti-aktiviti sepanjang acara dijalankan. 

Guru-guru diberi penerangan berkaitan dengan perjalanan acara merentas desa.


Murid-murid melakukan aktiviti regangan sebelum memulakan acara.











Beberapa babak larian murid.

Sokongan moral dari guru setiap rumah sukan.

Sokongan semangat oleh Cikgu Fazli dan Cik Hani sedang berada di salah satu check point.

Cikgu Reza menanti di garisan penamat

Pn. Azura mengawal murid dan menjaga di salah satu check point.

Teacher Zairiah dan Ustazah Hamzani menanti peserta di garisan penamat.

Ustaz Muhsin memberikan nombor kepada peserta yang sampai dahulu di garisan penamat.

Murid yang selesai menamatkan acara merentas desa

Disediakan tempat minuman pagi semua murid

Cikgu Mainoorwati dan cikgu Aziz berada di salah satu check point bersama peralatan kecemasan.

Diperhatikan oleh PK Ko SKS En Hiruddin.

Acara bagi lelaki dimulakan.

Reaksi murid ketika berlari.

Salah satu check point.

Sokongan Moral dari Ustaz Muhsin

Cikgu Reza dan Sir Kishore menanti pemenang di garisan akhir perlumbaan sambil diperhatikan oleh beberapa orang guru.

Murid-murid yang melepasi masa sedang melaporkan diri di meja pencatat.

Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena