Saturday 26 May 2012

Cuti Penggal Pertama Sesi ke-2 Bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuti penggal pertama sesi ke-2 bermula lagi, mudah-mudahan cuti yang tiba ini digunakan sebaiknya oleh murid-murid SK Selekoh untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan yang ada. Cuti-cuti juga, namun pelajaran janganlah dilupakan. Buat semua rakan-rakan guru, bertungkus lumus la menanda kertas jawapan murid setelah selesai Ujian Pelarasan (satu) 2012 SKS. Sesudah selesai, jangan pula berputus asa mengisi markah di SAPS dan SPPBS, laman webnya ada di pautan pantas blog SKS ini. Buat guru-guru dan murid-murid tahun 6 yang terlibat dengan kelas tambahan semasa cuti penggal ini, kami warga SKS akan sentiasa mendoakan agar usaha yang disemai sekarang akan dapat dituai hasilnya apabila tiba keputusan UPSR nanti, InsyaAllah. BERUSAHA, BERAMAL, BERTAWAKAL.

  'SELAMAT BERCUTI'


Read More

Friday 25 May 2012

Salam Perpisahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada hari ini, telah berlangsung secara ringkas dan sederhana majlis perpisahan murid, guru-guru dan staf sokongan kepada Pn Siti Zarne atau lebih dikenali dikalangan murid-murid sebagai 'Teacher Zarne' yang telah berjaya berpindah dari SK Selekoh ke salah sebuah sekolah di Negeri Pahang daerah Kuala Lipis. Walaupun baru hampir memasuki tahun ke dua Pn. Siti Zarne di SK Selekoh, namun segala jasa bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan kepada anak didik di sini amat-amat dihargai dan akan sentiasa dikenang. Kami warga SK Selekoh, mendoakan selamat maju jaya di tempat baru dan jadikanlah segala pengalaman pahit manis di sini sebagai pendorong semangat di sekolah baru nanti. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Segala memori bersama, akan tetap terpahat padu di sanubari warga SK Selekoh. Akhir kalam, teruskan perjuangan murni mu 'Teacher' walaupun di mana di kau berada. 



 
 
 

Read More

Thursday 24 May 2012

Projek Keceriaan Surau SKS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Keceriaan Sekolah Kebangsaan Selekoh telah dimulakan dengan jayanya oleh beberapa orang guru. ustaz dan ustazah. Bahagian cat luaran surau dan dalaman surau telah diperbaharui dan kelihatan ceria sejajar dengan penggunaannya untuk semua tahun bermula dari tahun 1 sehingga tahun 6 bagi tujuan pembelajaran J-Qaf, PAFA dan majlis bacaan Yasin pada setiap hari jumaat. Segala titik peluh guru, ustaz dan ustazah bagi menceriakan lagi surau SK Selekoh didahului dengan ucapan terima kasih.
















Read More

Monday 21 May 2012

Peperiksaan Selaras Satu Tahun 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada minggu ini, peperiksaan selaras (Satu) tahun 2012 Sekolah Kebangsaan Selekoh akan berjalan bermula pada 21 Mei (Isnin) sehingga 24 Mei (Khamis). Diharapkan semua murid akan mengulangkaji pelajaran dan berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang, InsyaAllah. Guru-guru SK Selekoh mendoakan kejayaan kepada semua anak didik dan berjaya menjawab soalan dengan tenang dan betul. 

SELAMAT MAJU JAYA!!



Read More

Wednesday 16 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Sekolah

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Bagi SK Selekoh pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meraikan guru-guru. Sesi pertama sambutan dimulakan dengan acara sukaneka. Seterusnya acara sesi pertama ditamatkan dengan jamuan guru dan murid.


Bagi sesi seterusnya acara ucapan dari wakil guru diikuti Perutusan Menteri pelajaran dan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Selepas perutusan dibacakan guru-guru berkumpul untuk bacaan ikrar guru dengan dipimpin oleh PK Koku, cikgu Hirudin. Seterusnya guru-guru menyanyikan Lagu Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Acara diteruskan dengan persembahan murid, anugerah staf dan guru penyayang, pertukaran hadiah sesama guru dan staf dan cabutan bertuah. Acara ditamatkan dengan sesi pemberian hadiah kepada guru-guru oleh murid-murid SK Selekoh.



Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena