Tuesday 10 September 2013

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada minggu ini, bermulanya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 pada hari selasa bersamaan 10hb September sehingga hari khamis 12hb September 2013. Warga pentadbiran sekolah dan guru-guru mendoakan agar murid-murid yang terlibat dapat menjawab soalan dengan tenang dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang, InsyaAllah. Berikut adalah jadual waktu peperiksaan UPSR 2013.

BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL
"SEMOGA BERJAYA!!"





Read More

Monday 9 September 2013

Bacaan Yasin Perdana

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada awal pagi ini, selepas perhimpunan rasmi sekolah, telah berlangsung bacaan Yasin Perdana sempena dengan UPSR 2013 yang akan berlangsung pada 10 sehingga 12 September 2013. Majlis diketuai oleh Ustaz Zakwan dan diakhiri dengan bersalaman antara murid dan semua guru. Majlis bacaan Yasin dan solat hajat juga telah dijalankan di Surau, SKS pada hari sebelumnya, iaitu pada hari Khamis(malam jumaat) 5 September dan bacaan Yasin di Dewan Lestari SKS pada pagi jumaat bersamaan 6 september. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan majlis. Mudah-mudahan kejayaan menjadi milik kita, insyaAllah. SKS boleh!!

"BERUSAHA, BERDOA, BERTAWAKAL"




Read More

Monday 2 September 2013

Sambutan Kemerdekaan SK Selekoh 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada perhimpunan rasmi pagi ini telah berlangsungnya Sambutan Kemerdekaan Malaysia kali ke 56 bertempat di kantin SK Selekoh dengan penuh semangat nasionalisma. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu rasmi, bacaan doa dan ikrar dan diteruskan lagi dengan ucapan amanat kemerdekaan yang disampaikan oleh PK Pentadbiran, En. Khairussalleh. Majlis sambutan Kemerdekaan dimeriahkan lagi dengan nyanyian 3 buah lagu sempena kemerdekaan, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31 yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh guru dan murid-murid sambil mengibarkan bendera Kebangsaan Malaysia. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan program tersebut.
Read More

Saturday 24 August 2013

Majlis Sambutan Hari Raya 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung majlis sambutan ringkas jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung selepas waktu rehat di kantin SK Selekoh. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan program.




Read More

Thursday 22 August 2013

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR dan Keibubapaan SKS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung Program Motivasi Kecemerlangan UPSR dan Keibubapaan SKS 2013 yang telah berlangsung di PKG Selekoh bermula jam 3.00 petang. Majlis berlangsung dengan pendaftaran murid dan ibu bapa dan diteruskan dengan majlis motivasi UPSR, motivasi keibubapaan dan penyerahan slip percubaan UPSR. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan. Dengan adanya program seperti ini, diharap murid-murid SKS akan mendapat suntikan semangat dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang. Sama-samalah kita doakan. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan program.




Read More

Monday 19 August 2013

Pelancaran Bulan Kemerdekaan SKS 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, salam Perak Aman Jaya

Pada hari ini, pada perhimpunan rasmi sekolah, telah berlangsung majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah bagi tahun 2013 yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Selekoh, Tuan Hj, Misran b. Taib PJK. Majlis dimulakan dengan penerangan ringkas berkaitan program yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini oleh ustaz Muhsin selaku guru bertugas mingguan dan diteruskan dengan Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh Tuan Guru Besar dan mengetuai bacaan doa sempena kemerdekaan, perincian maklumat dan syarat penyertaan bagi setiap pertandingan yang dijalankan disampaikan oleh PK Kokurikulum, Pn Siti Hamidah dan penyerahan bendera kebangsaan kepada semua ketua kelas dan guru-guru bilik khas. Berikut adalah gambaran sepanjang majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada perhimpunan rasmi sekolah awal pagi tadi.




Read More

Thursday 8 August 2013

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ingatan tulus ikhlas dari warga SKS, mengucapkan selamat bercuti dan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013


Read More

Friday 2 August 2013

Majlis Khatam Al-Quran

SK Selekoh telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran (MKQ) peringkat sekolah pada hari ini bermula jam 8.00 di Dewan Lestari SK Selekoh. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin, majlis khatam al-quran, bacaan hafazan daripada Mohamad Aiman b. Fairos, Salman b. Yusnaini Amir, Nur Syabila bt. Fairos dan Sofea Balqis bt. Yusnaini Amir. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan sambutan Hari raya secara ringkas dengan memberi sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan fakir miskin SK Selekoh. Majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan Hari Raya yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar, barisan Penolong Kanan dan juga wakil guru SK Selekoh. Berikut adalah gambaran sepanjang majlis berlangsung.

     
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin  

 
Antara gambaran ketika bacaan Surah Yassin dibacakan
  
Acara Khatam Al-quran berlangsung

  
Bacaan Hafazan dijalankan sambil dipantau oleh Ustaz Muhsin

  
Pengacara Majlis En. Reza dan murid-murid yatim serta fakir miskin bergambar bersama

Read More

Friday 26 July 2013

Cuti Nuzul Al-Quran 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ingatan tulus ikhlas dari warga SKS, mengucapkan selamat bercuti dan menyambut Nuzul Al-Quran 2013 pada 26hb Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434H.


Read More

Thursday 25 July 2013

Ceramah Perdana Sempena Nuzul Al-Quran 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini pada jam 11.00 pagi, berlangsung Ceramah Agama bersempena dengan Nuzul Al-Quran di Bilik Seminar PKG Selekoh, yang disampaikan oleh Ustaz Mawaridi b. Abdullah, Guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir bagi tahun 4, 5 dan 6 dan juga tayangan perdana bersempena dengan Nuzul Al-Quran di Makmal Komputer SK Selekoh bagi tahun 1, 2 dan 3. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan majlis tersebut.














Read More

Monday 15 July 2013

Percubaan UPSR 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Warga SK Selekoh mengucapkan selamat menjalani Ujian Percubaan UPSR 2013 yang akan berlangsung pada 16 hingga 18 Julai 2013. Berusaha, beramal dan bertawakal. Anda pasti boleh!!


Read More

Wednesday 10 July 2013

Marhaban Yaa Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kami warga SK Selekoh mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan penuh barakah ini kepada semua murid-murid dan umat islam di mana jua anda berada.


Read More

Friday 5 July 2013

Majlis Perpisahan Pn. Zainon bt. Nordin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung Majlis ringkas perpisahan Pn. Zainon bt. Nordin yang akan bertugas ditempat baru di SK Sg. Tiang Darat berkuatkuasa pada 1 Julai 2013. Walaupun masa bersama warga SK Selekoh terlalu singkat, namun pengalaman bersama akan tetap terpahat kukuh di dalam sanubari kita semua. Kami dari warga SK Selekoh, mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang telah Pn. Zainon berikan selama berada di sini.

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan majlis tersebut

Tn Hj. Baharum selaku Pengerusi Kelab Guru & Staf SKS memberikan ucapan.

Tn. Hj. Misran b. Taib, Guru Besar SKS menyampaikan sepatah dua kata.

Yang dirai, Pn. Zainon bt. Nordin memberikan ucapan terakhir kepada murid dan guru.

Read More

Monday 1 July 2013

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini bersamaan hari Isnin, telah berlangsung Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu kelompok 7 di SKSimpang Empat bermula jam 2.00 ptg. Adik Sofea Balqis bt. Yusnaini Amir telah mewakili sekolah dan berjaya mendapat tempat 4 keseluruhan. Mudah-mudahan pada edisi yang akan datang kita akan beroleh kejayaan. InsyaAllah. Teruskan usaha, tekad dalam jiwa, dan bertawakal kepada yang maha Esa. SKS Boleh!!!



Read More

Thursday 27 June 2013

Kejohanan Sukan dan Balapan SKS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 27hb Jun 2013 bersamaan hari Khamis, pada jam 2.00 petang, berlangsung Sukan Tahunan SK Selekoh kali ke 31 yang telah dirasmikan oleh Dato Shahrul b. Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri  Rungkup. Majlis telah berlangsung dengan meriah dengan perarakan masuk kontijen rumah sukan, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan ikrar kejohanan serta upacara menaikkan bendera Kejohanan. Beberapa acara akhir telah dijalankan pada hari ini dan berakhir sekitar jam 6.00 petang. Tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang menang dan pada yang kurang bernasib baik, berusahalah pada masa yang akan datang. Berikut adalah gambaran sepanjang kejohanan berlangsung. 



Read More

Thursday 20 June 2013

Jemputan ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Selekoh Kali ke 31 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dijemput kepada YB/Dato/Datin/Dr./Bekas Guru/Tuan/Puan ke majlis Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Selekoh kali ke 31 pada 27 Jun 2013 bersama hari Khamis bermula jam 2.30 petang. Semoga dengan kehadiran tuan puan sekalian dapat memeriahkan lagi Kejohanan Balapan dan Padang SKS ini. Terima kasih.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Read More

Sukaneka dan Acara Akhir Pra Sukan SKS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini, bersamaan 20 Jun 2013, berlangsung sukaneka, acara akhir pra sukan lompat pagar semua kategori dan acara tarik tali bermula jam 8.00 pagi. Berikut adalah gambaran keseluruhan acara yang berlangsung.

Acara sukaneka kelas 1 dijalankan (memakai kasut sarung getah)

Acara sukaneka kelas 1 dijalankan (memakai kasut sarung getah)

Acara sukaneka kelas 1 dijalankan (memakai kasut sarung getah)

Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena