Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 2 Mei 2013, telah berlangsung pertandingan Nyanyian Solo Kelompok 7 bertempat di Dewan Lestari SK Selekoh pada jam 2.30 petang. Sebanyak 4 buah sekolah telah menyertai dan telah menghantar sekurang-kurangnya 4 peserta ke semuanya bagi kategori lelaki dan perempuan. Antara sekolah yang menyertainya adalah dari SK Khir Johari, SK Bagan Pasir, SK Sungai Haji Muhammad dan dari sekolah kita, SK Selekoh. Sekolah kita telah diwakili oleh 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan, iaitu Muhamad Amirul Hafiz b. Abd. Rahman, Nur Adli Syahir b. Mohd Redzuan, Siti Noor Suhana bt. Abd. Rahim dan Aliya Maisarah bt. Muzzaki. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Amirul Hafiz mendapat tempat kedua bagi kategori lelaki dan Siti Noor Suhana mendapat tempat ketiga bagi kategori perempuan. Semoga kejayaan akan menjadi milik kita pada masa hadapan. InsyaAllah. Berikut adalah gambaran sepanjang majlis berlangsung.
En. Faisal dan para peserta menunggu giliran di belakang dewan.
En Nashrul Khairil menjadi pengelola P/A system.
En Aziz sebagai pengacara majlis pertandingan.
Murid dari SK Bagan Pasir memulakan acara.
Read More