Saturday 24 August 2013

Majlis Sambutan Hari Raya 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung majlis sambutan ringkas jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung selepas waktu rehat di kantin SK Selekoh. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan program.




Read More

Thursday 22 August 2013

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR dan Keibubapaan SKS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung Program Motivasi Kecemerlangan UPSR dan Keibubapaan SKS 2013 yang telah berlangsung di PKG Selekoh bermula jam 3.00 petang. Majlis berlangsung dengan pendaftaran murid dan ibu bapa dan diteruskan dengan majlis motivasi UPSR, motivasi keibubapaan dan penyerahan slip percubaan UPSR. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan. Dengan adanya program seperti ini, diharap murid-murid SKS akan mendapat suntikan semangat dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang. Sama-samalah kita doakan. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan program.




Read More

Monday 19 August 2013

Pelancaran Bulan Kemerdekaan SKS 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, salam Perak Aman Jaya

Pada hari ini, pada perhimpunan rasmi sekolah, telah berlangsung majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah bagi tahun 2013 yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Selekoh, Tuan Hj, Misran b. Taib PJK. Majlis dimulakan dengan penerangan ringkas berkaitan program yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini oleh ustaz Muhsin selaku guru bertugas mingguan dan diteruskan dengan Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh Tuan Guru Besar dan mengetuai bacaan doa sempena kemerdekaan, perincian maklumat dan syarat penyertaan bagi setiap pertandingan yang dijalankan disampaikan oleh PK Kokurikulum, Pn Siti Hamidah dan penyerahan bendera kebangsaan kepada semua ketua kelas dan guru-guru bilik khas. Berikut adalah gambaran sepanjang majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada perhimpunan rasmi sekolah awal pagi tadi.




Read More

Thursday 8 August 2013

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ingatan tulus ikhlas dari warga SKS, mengucapkan selamat bercuti dan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013


Read More

Friday 2 August 2013

Majlis Khatam Al-Quran

SK Selekoh telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran (MKQ) peringkat sekolah pada hari ini bermula jam 8.00 di Dewan Lestari SK Selekoh. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin, majlis khatam al-quran, bacaan hafazan daripada Mohamad Aiman b. Fairos, Salman b. Yusnaini Amir, Nur Syabila bt. Fairos dan Sofea Balqis bt. Yusnaini Amir. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan sambutan Hari raya secara ringkas dengan memberi sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan fakir miskin SK Selekoh. Majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan Hari Raya yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar, barisan Penolong Kanan dan juga wakil guru SK Selekoh. Berikut adalah gambaran sepanjang majlis berlangsung.

     
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin  

 
Antara gambaran ketika bacaan Surah Yassin dibacakan
  
Acara Khatam Al-quran berlangsung

  
Bacaan Hafazan dijalankan sambil dipantau oleh Ustaz Muhsin

  
Pengacara Majlis En. Reza dan murid-murid yatim serta fakir miskin bergambar bersama

Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena