Thursday 27 June 2013

Kejohanan Sukan dan Balapan SKS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 27hb Jun 2013 bersamaan hari Khamis, pada jam 2.00 petang, berlangsung Sukan Tahunan SK Selekoh kali ke 31 yang telah dirasmikan oleh Dato Shahrul b. Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri  Rungkup. Majlis telah berlangsung dengan meriah dengan perarakan masuk kontijen rumah sukan, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan ikrar kejohanan serta upacara menaikkan bendera Kejohanan. Beberapa acara akhir telah dijalankan pada hari ini dan berakhir sekitar jam 6.00 petang. Tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang menang dan pada yang kurang bernasib baik, berusahalah pada masa yang akan datang. Berikut adalah gambaran sepanjang kejohanan berlangsung. 



Read More

Thursday 20 June 2013

Jemputan ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Selekoh Kali ke 31 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dijemput kepada YB/Dato/Datin/Dr./Bekas Guru/Tuan/Puan ke majlis Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Selekoh kali ke 31 pada 27 Jun 2013 bersama hari Khamis bermula jam 2.30 petang. Semoga dengan kehadiran tuan puan sekalian dapat memeriahkan lagi Kejohanan Balapan dan Padang SKS ini. Terima kasih.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Read More

Sukaneka dan Acara Akhir Pra Sukan SKS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini, bersamaan 20 Jun 2013, berlangsung sukaneka, acara akhir pra sukan lompat pagar semua kategori dan acara tarik tali bermula jam 8.00 pagi. Berikut adalah gambaran keseluruhan acara yang berlangsung.

Acara sukaneka kelas 1 dijalankan (memakai kasut sarung getah)

Acara sukaneka kelas 1 dijalankan (memakai kasut sarung getah)

Acara sukaneka kelas 1 dijalankan (memakai kasut sarung getah)

Read More

Wednesday 19 June 2013

Sukantara dan Pra sukan SKS kali ke 31 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 18 dan 19 Jun 2013, sekolah kita telah menjalankan sukantara dan Pra sukan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Semua guru dan murid terlibat dalam sukantara yang diurus selia oleh Setiausaha Sukan sekolah En. Nor Fazli b. Khairon dan dibantu oleh En. Mohd Faizal b. Ismail serta bimbingan dari guru ketua setiap rumah sukan. Acara yang sukantara bagi murid kelas 1, 2 dan 3 adalah seperti berikut:


Berikut adalah gambaran kejohanan yang berlangsung pada hari selasa dan rabu:

En. Mohd Faizal memberi penerangan dan memanggil peserta.

Sukantara Lontar Peluru (P)

Sukantara Lompat Tinggi (L)

Read More

Monday 17 June 2013

Penyampaian Hadiah Kelab Doktor Muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada perhimpunan rasmi pagi ini, berlangsung majlis Penyampaian Hadiah Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Perak kali ke 5 yang telah menjadi naib johan peringkat negeri Perak yang berlangsung pada hari sabtu 15 dan 16 Jun di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak. Berikut adalah gambaran majlis penyampaian hadiah tersebut yang disampaikan oleh tuan guru besar SK Selekoh.




Read More

Saturday 15 June 2013

Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Perak kali ke 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari sabtu dan ahad bersamaan 15 Jun dan 16 Jun telah berlangsung Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Perak kali ke 5 tahun 2013 selama 2 hari bermula jam 2.00 petang bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak. Sekolah kita telah menghantar seramai 4 orang murid bagi menyertai kuiz kesihatan yang dijalankan. Alhamdulillah sekolah kita telah berjaya mendapat naib johan pertandingan Kuiz Kesihatan Doktor Muda peringkat Negeri Perak yang telah diwakili oleh Fawanis Afreina bt. Ahmad Affandi, Nuramanina Ayuni bt. Mohd Asri, Muhammad Thaqif Asraffi b. Mohd Tauhid dan Amirah Zulfa bt. Mohd Yazid yang telah dibimbing oleh Cikgu Mai Noorwati bt. Nazari. Tahniah dan ucapan terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar cikgu Mai Noorwati dan juga kerja keras murid-murid yang terlibat sehingga mencapai ketahap ini. Mudah-mudahan di masa hadapan keputusan yang lebih baik akan kita perolehi. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan Konvensyen Kelab Doktor Muda.




Read More

Wednesday 12 June 2013

Tahniah!! APC SKS 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada 2 orang guru dan 1 staff sokongan yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2012. Senarai nama guru dan staff sokongan yang menerima APC telah dimaklumkan oleh tuan  Guru Besar SK Selekoh Tn Hj. Misran B. Taib diperhimpunan awal pagi pada hari ini, 12 Jun 2013. Guru-guru yang mendapat anugerah perkhidmatan Cemerlang sesi 2012 adalah, En. Noor Azri b. Mohd Nazaruddin, dan Pn. Samainah bt. Abdi. Manakala staff sokongan dianugerahkan kepada Pn. Nawal Mona bt. Baharudin. Tahniah diucapkan. Semoga dengan penganugerahan ini, guru-guru dan staff akan terus meningkatkan usaha dan cemerlang dalam pelbagai bidang. InsyaAllah. Berikut adalah maklumat majlis penyampaian APC yang akan dijalankan.


            Tarikh    : 2 Julai 2013 (selasa)
Tempat  : Dewan Bandaran Teluk Intan
Masa      : 2.00 petang
Pakaian : Pakaian Rasmi


Guru dan Staff Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012

       En. Noor Azri b. Mohd Nazaruddin    
        
Pn. Samainah bt. Abdi
                
  
Pn. Nawal Mona bt. Baharudin



Read More

Monday 10 June 2013

Selamat Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


"TERUSKAN PERJUANGANMU, DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN"

Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena