Thursday 28 February 2013

Pertandingan Badminton Kelompok 7 (sr) 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari Rabu bersamaan 27hb Februari berlangsung pertandingan badminton kelompok 7 (sr) lelaki dan perempuan bertempat di dewan SM Sains Bagan Datoh (SABDA) yang telah dianjurkan oleh Sekolah kita. Pertandingan berlangsung mengikut format kalah singkir sehingga menuju ke peringkat Akhir. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Selekoh, Tuan Hj. Misran b. Taib PJK dan berakhir lebih kurang jam 4 petang. Pihak sekolah ingin memohon maaf jika ada kekurangan dan kepincang yang berlaku sepanjang perjalanan pertandingan ini. Berikut adalah gambaran perjalanan majlis itu.

Pertandingan badminton bermula.

En. Aziz mencatat keputusan perlawanan.

Jadual perlawanan bagi kategori lelaki (sr) kelompok 7

Jadual perlawanan bagi kategori perempuan (sr) kelompok 7

Read More

Monday 25 February 2013

Penyampaian Hadiah Balapan & Padang Kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada perhimpunan awal pagi ini, berlangsung penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah semasa berlangsungnya kejohanan Balapan dan Padang kelompok 7 di padang SM Sains Bagan Datoh (SABDA) pada hari sabtu, 23hb Februari 2013. Berikut adalah murid-murid dan guru yang terlibat dalam kejohanan tersebut.

PK Pentadbiran, En. Khairussalleh mengalungkan pingat kepada Natasha bt Mohamad Isa memenangi pingat perak 200m (P) K4.

PK Pentadbiran, En. Khairussalleh mengalungkan pingat kepada Sofea Balqis bt. Yusnaini Amir memenangi pingat Emas 200m (P) K6.

PK Pentadbiran, En. Khairussalleh mengalungkan pingat kepada Nur Sabariah bt. Abd. Rahim memenangi pingat perak 4x100m (P) K5.

PK Kokurikulum, Pn. Siti Hamidah, Jurulatih-jurulatih dan peserta balapan dan padang SKS bergambar bersama pingat yang dimenangi.

Read More

Saturday 23 February 2013

Kejohanan Olahraga Kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari sabtu bersamaan 23hb Februari 2013 berlangsung kejohanan Olahraga Kelompok 7 sesi 2013 yang dianjurkan oleh SK Sungai Tiang Darat bertempat di SM Sains Bagan Datoh (SABDA). SK Selekoh telah menghantar seramai 16 orang peserta yang terdiri dari murid tahun 3 hingga tahun 6 lelaki dan perempuan. Pada Kejohanan kali ini, sekolah kita telah berjaya membawa pulang sebanyak 2 Emas, 8 Perak dan 2 Gangsa. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih di atas komitmen semua murid yang terlibat dan guru-guru iaitu, En. Mohd Fazli, En. Nashrul, En, Nanda Kishore dan Cik Amira Husna yang telah membimbing dan melatih murid-murid sebelum kejohanan bermula. Mudah-mudahan pada edisi yang akan datang, kita akan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang lagi. InsyaAllah. Berikut adalah keputusan kejohanan Balapan dan Padang kelompok 7 2013.


Tahniah kepada semua atlit SKS serta Guru-guru yang terlibat
"Majulah sukan untuk negara"

Read More

Friday 15 February 2013

Majlis Perpisahan dan Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung satu majlis perpisahan yang dijalankan bersempena dengan perpindahan 3 orang bekas guru dari SK Selekoh iaitu PK Kokurikulum, encik Hiruddin b. Abdullah, SU Kurikulum, Pn. Azizah bt. Haris dan SU Sukan, en. A. Gunalan a/l Ayavoo serta meraikan perkahwinan seorang guru SK Selekoh, iaitu en Nanda Kishore dan pasangannya,bermula jam 11 pagi di kantin SK Selekoh. 

Cikgu Zuhairah Dahria, selaku pengacara majlis pada hari ini.

Cikgu A. Gunalan berbual mesra bersama cikgu Mohd fuad.

Teacher Zairiah berbisikan sesuatu kepada cikgu Azizah.


Read More

Friday 8 February 2013

Tahun Baru Cina 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Warga Selekoh ingin mengucapkan tahniah bagi mereka yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2013 dan selamat bercuti kepada semua murid dan guru-guru. Berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung halaman.


Read More

Friday 1 February 2013

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung satu Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan tahun 2013 anjuran bersama SK Selekoh dan SK SG. HJ. Muhammad yang telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh.
Sesi Pendaftaran Ibu bapa

Sesi pendaftaran berjalan lancar bermula jam 7.40 pagi.

Guru-guru sedang bersiap sedia bersama peralatan PA System bagi memastikan kelancaran majlis.

Tuan Guru Besar, sedang memberikan kata-kata aluan kepada ibu bapa/ penjaga yang hadir.

Ibu bapa/penjaga yang hadir.

Kehadiran YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi, disambut oleh para hadirin.

Paluan kompang mengiringi ketiba YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi di SK Selekoh.

Tuan Guru Besar mengiringi YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi ke dalam dewan

Guru-guru SK Selekoh bersalaman mesra dengan YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi.
 
Antara tetamu terhormat yang hadir semasa Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013.

YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh bersama Tuan Guru Besar SK Selekoh, Tn. Hj. Misran b. Taik PJK.

Ucapan dan amanat yang disampaikan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi kepada ibu bapa/penjaga yang hadir.




YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi menyampaikan Bantuan Awal Persekolah 2013 kepada murid dan ibu bapa pelajar dari SK Selekoh dan SK Sg. Hj. Muhammad.


Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena