Friday 1 February 2013

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung satu Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan tahun 2013 anjuran bersama SK Selekoh dan SK SG. HJ. Muhammad yang telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh.
Sesi Pendaftaran Ibu bapa

Sesi pendaftaran berjalan lancar bermula jam 7.40 pagi.

Guru-guru sedang bersiap sedia bersama peralatan PA System bagi memastikan kelancaran majlis.

Tuan Guru Besar, sedang memberikan kata-kata aluan kepada ibu bapa/ penjaga yang hadir.

Ibu bapa/penjaga yang hadir.

Kehadiran YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi, disambut oleh para hadirin.

Paluan kompang mengiringi ketiba YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi di SK Selekoh.

Tuan Guru Besar mengiringi YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi ke dalam dewan

Guru-guru SK Selekoh bersalaman mesra dengan YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi.
 
Antara tetamu terhormat yang hadir semasa Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013.

YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh bersama Tuan Guru Besar SK Selekoh, Tn. Hj. Misran b. Taik PJK.

Ucapan dan amanat yang disampaikan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi kepada ibu bapa/penjaga yang hadir.




YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi menyampaikan Bantuan Awal Persekolah 2013 kepada murid dan ibu bapa pelajar dari SK Selekoh dan SK Sg. Hj. Muhammad.


0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena