Sunday 28 April 2013

Pertandingan Karnival Sains Daerah Hilir Perak 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 27 April bersamaan hari Sabtu, telah berlangsung pertandingan Karnival Sains daerah Hilir Perak bagi tahun 2013. Sekolah kita telah menjadi pengelola pertandingan bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris bertempat di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai bermula jam 8.00 pagi. Sekolah kita yang telah diwakili oleh adik Anfal bt. Aminuddin bagi kelompok 7 telah menyertai pertandingan ini, dan berjaya mendapat tempat ke 4 daripada 16 orang peserta. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada adik Anfal dan mudah-mudahan pada edisi akan datang akan menjadi johan, insyaAllah. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan berlangsung.

Antara guru SKS yang terlibat dalam sesi pendaftaran

Guru serta murid ketika sesi pendaftaran


Read More

Wednesday 24 April 2013

Konvensyen Doktor Muda Peringkat Daerah 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 24 April, bersamaan hari rabu berlangsung Konvensyen Doktor Muda Peringkat Daerah Hilir Perak di Klinik Kesihatan Teluk Intan, pada jam 2.30 petang. Sekolah kita telah berjaya mendapat johan bagi Kuiz Kesihatan Doktor Muda yang diwakili oleh Fawanis, Nur Amanina Ayuni, Zulfa dan Muhd Thaqif. Bagi kategori bercerita Doktor Muda dalam bahasa Melayu yang diwakili oleh Nurul Izzatie bt. Mohd Iqbal telah mendapat tempat ke- 2. Bercerita Doktor Muda dalam bahasa Inggeris yang diwakili oleh Denesh a/l Kumaran telah mendapat tempat ke-3. Manakala Avinadha Rao mendapat naib johan bagi tokoh Doktor Muda. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat dan setinggi penghargaan kepada Pn Mai Noorwati yang telah membimbing dan mendidik murid sehingga berjaya. 

Antara Doktor Muda SKS yang terlibat.



Read More

Tuesday 23 April 2013

Pertandingan Action Songs peringkat kelompok 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 23 April bersamaan hari selasa, telah berlangsung pertandingan "action song" peringkat kelompok 7 di SK Sungai Tiang Darat. Alhamdulillah, sekolah kita telah berjaya menjadi johan dan mewakili kelompok 7 ke peringkat daerah pada 8 Mei bersamaan hari rabu di SK Tanjung Bayan. Mudah-mudahan sekolah kita berjaya menjadi johan dan mewakili daerah ke peringkat negeri, insyaAllah. Sama-samalah kita doakan. Ucapan tahniah kepada murid-murid tahun 3 yang terlibat serta komitmen yang tinggi dari teacher Dahria dan teacher Zairiah dalam melatih murid sehingga menjadi johan. Tahniah sekali lagi diucapkan. Berikut adalah gambaran pertandingan tersebut.



Read More

Wednesday 17 April 2013

Pertandingan Karnival Sains Kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini, berlangsung pertandingan Karnival Sains Kelompok 7 di SK Khir Johari pada jam 2.30 petang. Alhamdulillah, sekolah kita telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita sains dalam bahasa inggeris yang diwakili oleh adik Anfal bt. Aminuddin. Bagi pertandingan saintis muda yang diwakili oleh Nur Amanina Ayuni dan Muhammad Muaz dari tahun 5 Bijak hanya mendapat tempat ke - 2. Namun begitu tahniah diucapkan. Semoga kita akan berusaha lebih gigih di masa hadapan bagi mendapat tempat yang lebih baik. InsyaAllah. Jutaan terima kasih diucapkan jua, kepada guru-guru yang terlibat dalam melatih murid ini, menempa nama di dalam pertandingan Sains kali ini. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Nur Amanina Ayuni dan Muhammad Muaz mendapat tempat ke dua dalam pertandingan saintis muda.

Anfal bt. Aminuddin menerima hadiah tempat pertama pertandingan bercerita sains dalam bahasa inggeris dan mewakili kelompok 7 ke peringkat daerah.


Anfal bt. Aminuddin bersama-sama sijil dan tropi kemenangan.



Read More

Monday 15 April 2013

Pertandingan Sepak Takraw Daerah Hilir Perak Sekolah Rendah 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 15 April bersamaan hari Isnin berlangsung pertandingan sepak takraw antara regu sekolah rendah peringkat Daerah Hilir Perak di gelanggang SMK Tun Abdul Razak bermula jam 8.00 pagi. Sekolah kita telah menyertai pertandingan tersebut dan telah ditempatkan di dalam kumpulan F bersama-sama SK Sg. Tiang Darat dan SK Bagan Datoh. Pada perlawanan pertama bertemu SK Sg. Tiang Darat, sekolah kita telah berjaya menang dengan keputusan 2 - 0. Namun, pada perlawanan kedua, iaitu penentu johan kumpulan, sekolah kita bertemu SK Bagan Datoh, keputusan tidak memihak kepada kita di mana sekolah kita telah tewas dengan keputusan 0 - 2. Untuk layak ke peringkat seterusnya, hanya johan kumpulan yang akan mewakili setiap kumpulan dan ini bermakna sekolah kita tidak dapat menempatkan diri dikalangan 8 kumpulan yang terbaik peringkat daerah. Diharapkan, kita akan mencuba pada tahun hadapan dan berusaha untuk mendapat johan, insyaAllah. Berikut adalah gambaran perlawanan.



Read More

Keputusan MTQ Daerah Hilir Perak 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada perhimpunan rasmi pagi ini, telah berlangsung majlis penyampaian hadiah pemenang MTQ dan akan mewakili daerah ke peringkat negeri. Alhamdulillah, sekolah kita telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam semua acara yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada Mohd Aiman b. Mohd Fairos, Johan Hafazan Lelaki, Nur Syabila bt. Mohd Fairos, Johan Hafazan Perempuan dan Ammar bin Azizi, Johan Bercerita Lelaki. Manakala adik Sofia Balqis bt. Yusnaini Amir mendapat tempat kedua Hafazan perempuan dan Aliya Zahra bt. Mohd Mohkeri juga mendapat tempat kedua bercerita perempuan. Salman b. Yusnaini Amir pula mendapat tempat ketiga Tilawah Lelaki. Tahniah dari pihak pentadbiran SKS kepada semua pemenang dan guru-guru yang terlibat. Johan pertandingan akan bertanding di daerah Kerian pada 26 April bersamaan hari jumaat sehingga sabtu 27 April. Semoga mereka beroleh kejayaan dan menjadi johan peringkat negeri, InsyaAllah. Berikut adalah gambar para pemenang.










Read More

Wednesday 3 April 2013

Pertandingan Bola Baling Kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari selasa bersamaan 2hb April 2013 bertempat di padang SK Khir Johari, telah berlangsung perlawanan bola baling peringkat kelompok 7 daerah Hilir Perak bagi tahun 2013 yang telah dianjurkan oleh SJK(t) Tun Sambathan. Sekolah kita telah menyertai bagi kategori lelaki dan telah berjaya mengharungi 4 perlawanan dan berada di tempat ke tiga keseluruhan dengan 3 kemenangan dan 1 kekalahan. Walau bagaimana pun pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan kepada guru-guru dan murid-murid yang telah berusaha dan berlatih walaupun ketika cuti sekolah penggal pertama sesi pertama yang lalu. Mudah-mudahan pada edisi yang akan datang kejayaan akan memihak kepada kita, InsyaAllah. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan pertandingan.

Sesi pemanasan badan.

SK Selekoh vs SK Sg. Tiang Darat

Sesi taklimat daripada pegawai perlawanan.

PK Ko dan guru hadir memberikan sokongan.

Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena