Friday 9 November 2012

Majlis perpisahan Ustazah Zuraidah dan Teacher Hanum


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 9 november 2012 satu majlis perpisahan secara ringkas telah dijalankan di kantin SKS lebih kurang jam 11 pagi. Warga SKS serta murid-murid ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Zuraidah yang akan berpindah ke SK Dusun, Jeli Kelantan dan Cik Fazrina Hanum yang akan berpindah ke SK Sungai Rokam, Ipoh Perak di atas segala jasa dan khidmat bakti mereka selama tidak kurang dari 6 tahun berkhidmat di SKS. Warga SKS juga ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan jadikan segala pengalaman yang tersemat di sanubari selama berada di SKS sebagai azimat dan batu loncatan untuk terus menabur bakti buat anak didik tercinta. Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain, jauh sudah pandangan mata, hilang di mata di hati jangan. Selamat maju jaya kami semua ucapkan dan janganlah serik untuk ke SKS lagi. 

'TERIMA KASIH CIKGU' 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhsin

Ucapan khas oleh PK Pentadbiran En. Khairussalleh mewakili pihak sekolah dan kakitangan SKS

Murid SKS mendengar amat yang disampaikan

Ustazah Zuraidah menyampaikan ucapan dan amanat terakhir khas buat anak didik SKS


Teacher Hanum menyampaikan pesanan kepada anak murid SKS

Raut wajah murid-murid SKS

Ada murid yang sedih dan tidak dapat menahan airmata perpisahannya.

Cenderamata tanda ingatan dari Kelab Staff dan Guru SKS disampaikan oleh setiausaha, En. Fazli kepada Cik Fazrina Hanum

Cenderamata tanda ingatan dari Kelab Staff dan Guru SKS disampaikan oleh setiausaha, En. Fazli kepada Ustazah Zuraidah



Murid-murid memberikan hadiah tanda terima kasih kepada ustazah Zuraidah

Murid-murid memberikan hadiah tanda terima kasih kepada teacher Hanum


Berbual mesra buat kali terakhir bertugas di SKS bersama guru-guru lain.

'Punch card' terakhir cik Fazrina Hanum dan Ustazah Zuraidah di SKS.


Read More

Wednesday 3 October 2012

Ceramah & Latihan Kebakaran


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Pihak sekolah khususnya dari pentadbiran dan murid berasa bertuah kerana telah menerima kunjungan daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang bagi memberi sedikit sebanyak informasi dan demo memadamkan kebakaran pada 3hb Oktober yang lalu bersamaan hari rabu. En. Rozali b. Uyup telah mengetuai dan menyampaikan ceramah ringkas berkaitan kebakaran dari aspek punca, faktor, alatan pemadaman dan langkah-langkah keselamatan sambil dibantu oleh En. Fazli. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang yang sudi meluangkan masa menyampaikan ceramah dan demo itu. Sekian.





Read More

Saturday 29 September 2012

Karnival Sukan SKS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari sabtu bersamaan 29hb Sept. yang lepas, sekolah kita telah mengadakan Karnival Sukan di mana semua murid telah mengambil bahagian dan terlibat dalam setiap acara yang diadakan. Tujuan utama Karnival ini dijalankan adalah untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat baru SKS bermula dari tahun 3,4 dan 5 yang akan mewakili sekolah dalam beberapa acara bagi sesi 2013/2014 pada tahun hadapan. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah futsal lelaki dan wanita, bola jaring wanita, bola baling lelaki dan wanita dan sepak takraw. Semua acara dipertandingkan mengikut format liga dan murid bermain mengikut rumah sukan masing-masing yang telah dibimbing dan diselia oleh guru-guru penasihat rumah sukan. Semua acara berjaya dilaksanakan dengan jayanya namun bagi pertandingan bola baling lelaki dan wanita terpaksa ditangguhkan kerana kekangan masa. Semoga dengan kejayaan perlaksanaan Karnival Sukan SKS ini, sekolah kita dapat mencungkil bakat pelapis sekolah dalam acara yang akan kita sertai pada tahun depan, InsyaAllah. Sekian.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
























Read More

Monday 10 September 2012

UPSR 2012 Bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Peperiksaan UPSR bagi tahun 2012 akan bermula pada 11hb September ini sehingga 13hb September. Debaran yang dirasai bukan sahaja kepada calon-calon yang akan mendudukinya, malah tidak terlepas perasaan berdebar-debar bagi semua guru dan ibu bapa calon. Pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Selekoh mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang menduduki peperiksaan UPSR ini amnya dan khasnya kepada semua calon dari sekolah ini. Segala pengorbanan dan jerih perit mengharunginya selama 6 tahun akan ditentukan ketika peperiksaan ini berlangsung. InsyaAllah, berkat usaha gigih selama ini serta doa ibubapa dan guru, hasilnya akan dapat dituai nanti. 

"SELAMAT MAJU JAYA"
"Berusaha, Berdoa, Bertawakal"

Kata-kata nasihat dari tuan Guru Besar SKS Tn. Hj. Misran kepada semua murid yang akan menduduki UPSR di awal perhimpunan pagi.

Jadual waktu UPSR pada 11hb Sept. (Selasa)

Jadual waktu UPSR pada 12hb Sept. (Rabu)

Jadual waktu UPSR pada 13hb Sept. (Khamis)

"Biarlah ibubapa kita menangis dengan kejayaan kita dan bukan menangis kerana kegagalan kita"






Read More

Wednesday 5 September 2012

Jamuan Ambang UPSR 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini bersamaan dengan 5hb September 2012 hari rabu, telah berlangsung secara ringkas majlis jamuan untuk pelajar tahun 6 SKS yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Mudah-mudahan semua murid tahun 6 berjaya menjawab soalan UPSR dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya. Sama-samalah kita doakan. amin.













Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena