Saturday 29 September 2012

Karnival Sukan SKS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari sabtu bersamaan 29hb Sept. yang lepas, sekolah kita telah mengadakan Karnival Sukan di mana semua murid telah mengambil bahagian dan terlibat dalam setiap acara yang diadakan. Tujuan utama Karnival ini dijalankan adalah untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat baru SKS bermula dari tahun 3,4 dan 5 yang akan mewakili sekolah dalam beberapa acara bagi sesi 2013/2014 pada tahun hadapan. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah futsal lelaki dan wanita, bola jaring wanita, bola baling lelaki dan wanita dan sepak takraw. Semua acara dipertandingkan mengikut format liga dan murid bermain mengikut rumah sukan masing-masing yang telah dibimbing dan diselia oleh guru-guru penasihat rumah sukan. Semua acara berjaya dilaksanakan dengan jayanya namun bagi pertandingan bola baling lelaki dan wanita terpaksa ditangguhkan kerana kekangan masa. Semoga dengan kejayaan perlaksanaan Karnival Sukan SKS ini, sekolah kita dapat mencungkil bakat pelapis sekolah dalam acara yang akan kita sertai pada tahun depan, InsyaAllah. Sekian.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
























Read More

Monday 10 September 2012

UPSR 2012 Bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Peperiksaan UPSR bagi tahun 2012 akan bermula pada 11hb September ini sehingga 13hb September. Debaran yang dirasai bukan sahaja kepada calon-calon yang akan mendudukinya, malah tidak terlepas perasaan berdebar-debar bagi semua guru dan ibu bapa calon. Pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Selekoh mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang menduduki peperiksaan UPSR ini amnya dan khasnya kepada semua calon dari sekolah ini. Segala pengorbanan dan jerih perit mengharunginya selama 6 tahun akan ditentukan ketika peperiksaan ini berlangsung. InsyaAllah, berkat usaha gigih selama ini serta doa ibubapa dan guru, hasilnya akan dapat dituai nanti. 

"SELAMAT MAJU JAYA"
"Berusaha, Berdoa, Bertawakal"

Kata-kata nasihat dari tuan Guru Besar SKS Tn. Hj. Misran kepada semua murid yang akan menduduki UPSR di awal perhimpunan pagi.

Jadual waktu UPSR pada 11hb Sept. (Selasa)

Jadual waktu UPSR pada 12hb Sept. (Rabu)

Jadual waktu UPSR pada 13hb Sept. (Khamis)

"Biarlah ibubapa kita menangis dengan kejayaan kita dan bukan menangis kerana kegagalan kita"






Read More

Wednesday 5 September 2012

Jamuan Ambang UPSR 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini bersamaan dengan 5hb September 2012 hari rabu, telah berlangsung secara ringkas majlis jamuan untuk pelajar tahun 6 SKS yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Mudah-mudahan semua murid tahun 6 berjaya menjawab soalan UPSR dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya. Sama-samalah kita doakan. amin.













Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena