Tuesday 26 June 2012

Latihan Rumah Sukan SKS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Beberapa hari yang lalu telah berlangsung latihan rumah sukan SKS bermula dari hari isnin, selasa dan rabu jam 3.00 petang dan berakhir 5.00 petang. Kesungguhan dan azam yang tinggi bagi meraih kejayaan dalam setiap acara dipertandingkan terpancar di setiap riak wajah murid-murid SKS. Sukan sekolah akan diadakan pada 19 Julai 2012 bertempat di padang sekolah bermula jam 2.30 petang dan akan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Pendidikan Daerah Hilir Perak. Rumah sukan dibahagikan kepada 3 kumpulan rumah Hijau, Jingga dan rumah Ungu. Acara yang akan dipertandingkan adalah 80m, 100m, 200m, 4x100m, 4x200m, 100m berpagar, lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. Sukaneka juga akan dijalankan. Sukantara pula akan dijalankan pada 27 Jun 2012 bagi beberapa acara. Dalam sesi latihan yang dijalankan, murid-murid diminta membawa air yang telah dimasak di rumah, untuk dikongsi bersama dalam penyediaan minuman ketika latihan sukan dijalankan. Penyediaan minuman dikawal selia oleh Cikgu Zairiah dan dibantu oleh beberapa orang guru. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang hadir dalam sesi latihan ini. 

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

























Read More

Saturday 23 June 2012

Tahniah!! Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SKS 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahniah diucapkan kepada 3 orang guru yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2011. Surat penerimaan anugerah telah disampaikan oleh tuan  Guru Besar SK Selekoh Tn Hj. Misran B. Taib diperhimpunan awal pagi pada jumaat 22 Jun 2011. Guru-guru yang mendapat anugerah perkhidmatan Cemerlang sesi 2011 adalah, En. Nashrul Khairil b. Yop Ahmad, Pn. Fauziah bt. Mohamed Noh dan Pn. Zurina bt. Adnan. Tahniah diucapkan. Majlis Penganugerah ini akan berlangsung pada 5 Julai 2012 di Dewan Bandaran Teluk Intan pada jam 8.00 pagi. Semoga dengan penganugerahan ini, guru-guru akan terus meningkatkan usaha dan cemerlang dalam pelbagai bidang. InsyaAllah.

Guru Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

En. Nashrul Khairil b. Yop Ahmad

Pn. Fauziah bt. Mohamed Noh

Pn. Zurina bt. Adnan

Read More

Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari Jumaat, 23 Jun 2012 Sekolah Kebangsaan Selekoh telah mengadakan majlis sambutan Israk Mikraj di surau SKS dengan pimpinan oleh Ustaz dan Ustazah Panitia Pendidikan Islam dan dibantu oleh semua guru-guru dan kakitangan SKS. Perjalanan majlis dimulakan dengan bacaan yasin oleh semua guru islam dan murid-murid dan diikuti dengan ceramah agama berkaitan dengan majlis. Guru-guru dan kakitangan yang lain telah bertungkus lumus menyediakan bubur asyura bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 11.00 pagi. Bubur Asyura kemudian diagihkan kepada semua murid, guru dan kakitangan. Gotong royong ini berjalan dengan lancar malah dapat mengeratkan perhubungan antara semua guru dan kakitangan SKS. Mudah-mudahan majlis sedemikian akan terus dijalankan pada masa hadapan. InsyaAllah.




































Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena