Info Sekolah


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH SEKOLAH KEBANGSAAN SELEKOH

Pendidikan di sekolah adalah untuk membimbing dan mendidik individu supaya menjadi insan yang berketerampilan, kreatif, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab ke arah keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara berlandaskan Prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara menuju ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH KEBANGSAAN SELEKOH

Sekolah mempunyai peranan dan tanggungjawab melahirkan insan berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia yang bakal menjadi sumber manusia mahir untuk kemakmuran negara.

Maka sesungguhnya sekolah ini secara langsung komited menyediakan perkhidmatan itu,

KESELESAAN DAN PELANGGAN DIUTAMAKAN

Dalam mengendalikan perkhidmatan yang terbaik:
  • Mempertemukan keperluan pelanggan kami.
  • Bersungguh-sungguh mengendalikan setiap komitmen yang dibuat.
  • Berkomunikasi dengan baik.
  • Melaksanakan setiap kali yang terbaik setiap masa.
  • Bersopan santun.
  • Menepati masa, cekap, berkesan dan bertanggungjawab.
  • Membuat tindak ikut, mengukur kebolehan kami dan menggalakkan maklum balas.
  • Mengikut prosedur kerja

OBJEKTIF SEKOLAH KEBANGSAAN SELEKOH

  • Murid dapat kejayaan cemerlang dalam PKSR dan UPSR.
  • Murid berbangga dengan sekolah dan merasakan sekolah ini telah berjasa kepada mereka.
  • Murid berminat membaca dan belajar menjadikan amalan harian.
  • Murid mempunyai sahsiah yang baik menuju ke arah Bersih, Cekap dan Amanah.
  • Murid dan pasukan cemerlang dalam bidang kokurikulum.
  • Membina daya fikir tinggi sesuai dengan Wawasan 2020.
  • Membentuk insan dan anak soleh dan solehah.

VISI SEKOLAH KEBANGSAAN SELEKOH

Melonjak kecemerlangan dalam pencapaian akademik, kokurikulum dan imej perkhidmatan.

MISI SEKOLAH KEBANGSAAN SELEKOH

  • Membina insan dengan kekuatan, beragama, berketerampilan, usaha, berilmu supaya menjadi manusia yang baik dan berjaya.
  • Membina budaya ilmu dengan menggalakkan pembacaan yang meluas supaya menjadi insan yang rajin dan bekerja kuat.
  • Membina kekuatan sains dan teknologi melalui kemahiran Matematik, supaya menjadi manusia penyumbang kepada kemajuan negara.
  • Membina manusia yang bermotivasi dengan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang supaya membentuk masyarakat bermoral dan beretika.


1 ulasan:

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena