Monday 16 February 2015

Program Sekolah Penyayang SKS 2015

ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM PERAK AMAN JAYA

Pada perhimpunan rasmi 16hb Februari 2015 bersamaan hari isnin, juga telah berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada murid dan guru-guru yang telah menyambut hari kelahiran pada bulan januari dan februari pada tahun ini. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh PK Pentadbiran En. Khairussalleh diiringi oleh PK HEM En. Shahrullizam. Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada yang terlibat dan semoga dilimpahkan rahmat, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta dikuatkan semangat bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat In sha Allah. Berikut antara gambaran sepanjang majlis dijalankan.














Read More

Penyampaian Hadiah Kejohanan Balapan dan Padang 2015 MSSPK(R) Kelompok 7 Hilir Perak

ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM PERAK AMAN JAYA

Pada perhimpunan rasmi sekolah pada 16hb Februari 2015 bersamaan hari isnin, telah berlangsung majlis penyampaian hadiah Kejohanan Balapan dan Padang 2015 MSSPK(R) Kelompok 7 Hilir Perak yang disampaikan oleh PK Pentadbiran, En. Khairussalleh b. Abd. Halim. SK Selekoh telah berjaya membawa pulang sebanyak 4 pingat emas, 5 perak dan 5 gangsa dan berjaya menempatkan diri ditempat ke-4 keseluruhan pungutan pingat. Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan jutaan tahniah kepada semua murid yang terlibat dan guru yang terdiri daripada En. Nor Fazli b. Khairon (ChefdaMission), En. Faizal b. Ismail, En. Noor Azri b. Nazaruddin, En. Nanda Kishore a/l Applanaidu, Pn. Sangidah b. Hj Yassin dan Pn. Norhamzani bt Md Yunus. Berikut adalah rekod pencapaian balapan dan padang SKS 2015 peringkat kelompok 7. 

Berikut adalah gambaran majlis penyampaian hadiah yang telah dijalankan.



Read More

Saturday 14 February 2015

Kejohanan Bola Sepak (r) 2015 Kelompok 7 Daerah Hilir Perak

ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM PERAK AMAN JAYA

Pada 14 Februari 2015 bersamaan hari Sabtu, telah berlangsung kejohanan Bola Sepak (r) kelompok 7 daerah Hilir Perak 2015 bertempat di Padang SK Khir Johari, Sungai Sumun bermula jam 8.00 pagi. Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai dan dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B. Sekolah kita telah diundi di dalam kumpulan B bersama SK Bagan Pasir dan SK Tiang Baroh. Walau bagaimana pun, sekolah kita gagal menempatkan diri dikalangan 4 pasukan terbaik di peringkat separuh akhir dan tersekat diperingkat kumpulan sahaja. Dari pihak pentadbiran sekolah, diharapkan pada tahun akan datang, sekolah kita akan dapat melangkah dengan lebih jauh lagi. In Sha Allah. Terima kasih ditujukan kepada semua murid dan guru yang terlibat ketika perlawanan dan latihan keras selama ini. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan berlangsung.













Read More

Tuesday 10 February 2015

Kejohanan Balapan dan Padang 2015 MSSPK(R) Kelompok 7 Hilir Perak

ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM PERAK AMAN JAYA

Pada 10 Februari 2015 bersamaan hari selasa, telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang 2015 MSSPK(R) Kelompok 7 Hilir Perak yang dianjurkan oleh SJK(C) Sin Min, Sungai Tiang bertempat di Mini Stadium Sabak Bernam, Selangor bermula jam 8.00 pagi. Seramai 23 orang atlet dari SK Selekoh telah terlibat dalam semua acara yang dipertandingkan dan seramai 6 orang guru yang terlibat mengiringi murid dan menjadi pegawai kejohanan disepanjang kejohanan berlangsung. Alhmdulillah, SK Selekoh telah berjaya membawa pulang 4 pingat emas, 5 perak dan 5 gangsa dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan punggutan pingat semasa kejohanan berlangsung. Berikut adalah gambaran di sepanjang kejohanan.



















Read More

Monday 9 February 2015

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Kebangsaan Selekoh 2015

ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEJAHTERA, SALAM PERAK AMAN JAYA, SALAM SATU MALAYSIA

Pada hari ini, telah berlangsung majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Kebangsaan Selekoh 2015 di tapak perhimpunan rasmi sekolah yang telah dirasmikan dengan jayanya, oleh tuan Guru Besar SK Selekoh, Tn. Hj. Kamalodin bin Mohamad. Program NILAM ini telah dikawal selia oleh Guru Media SK Selekoh, En. Noor Azri b. Nazaruddin. Berikut adalah gambaran sepanjang majlis berlangsung, dimulakan dengan penyerahan buku nilam bagi sesi 2015 kepada guru-guru kelas, dan kemudian penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid yang berjaya mencapai tahap nilam.






Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena