Thursday 30 August 2012

Merdeka Raya SKS 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 30hb Ogos telah berlangsung majlis sambutan kemerdekaan, sambutan hari raya dan juga majlis ringkas sambutan perpisahan cikgu Abdullah. Majlis sambutan kemerdekaan dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Muhsin dan seterusnya nyanyian lagu kebangsaan dan lagu negeri Perak. Beberapa persembahan telah dijalankan antaranya pakaian berhias sempena kemerdekaan oleh murid-murid pra sekolah dan seterusnya kior dari murid-murid sks dan nyayian bersama-sama beberapa lagu kemerdekaan. Watikah kemerdekaan telah dibacakan oleh tuan Guru Besar Tn. Hj. Misran b. Taib PJK bagi mengakhiri majlis sambutan kemerdekaan.











Selepas tamatnya majlis sambutan kemerdekaan pada jam 10.30 pagi, majlis sambutan hari raya dijalankan di kantin sekolah. Murid-murid dan guru-guru membawa kuih raya dan pelbagai hidangan berkaitan dengan juadah raya untuk dikongsi bersama teman-teman dan juga bersama hidangan yang telah disediakan oleh Kelab staff SKS.












Read More

Wednesday 29 August 2012

Program Ambang Kemerdekaan 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bermula pada 6hb Ogos yang lalu telah berlangsung pelancaran program bulan kemerdekaan, di mana pelbagai program direncanakan bagi mengisi bulan kemerdekaan negara yang ke 55. Antara program yang dijalankan adalah seperti, pertandingan tulisan cantik, karangan sempena kemerdekaan, mewarna, melukis, mencipta bendera Malaysia dan Perak menggunakan komputer, Pertandingan Kelas Patriotik dan nyanyian lagu-lagu kemerdekaan bertepatan dengan tema 'Janji Ditepati'. Semua murid mengambil bahagian dan setiap pemenang akan menerima hadiah pada 30hb Ogos ketika sambutan majlis Kemerdekaan dan Sambutan Jamuan Raya yang akan diadakan nanti.



























Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena