Saturday 23 February 2013

Kejohanan Olahraga Kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari sabtu bersamaan 23hb Februari 2013 berlangsung kejohanan Olahraga Kelompok 7 sesi 2013 yang dianjurkan oleh SK Sungai Tiang Darat bertempat di SM Sains Bagan Datoh (SABDA). SK Selekoh telah menghantar seramai 16 orang peserta yang terdiri dari murid tahun 3 hingga tahun 6 lelaki dan perempuan. Pada Kejohanan kali ini, sekolah kita telah berjaya membawa pulang sebanyak 2 Emas, 8 Perak dan 2 Gangsa. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih di atas komitmen semua murid yang terlibat dan guru-guru iaitu, En. Mohd Fazli, En. Nashrul, En, Nanda Kishore dan Cik Amira Husna yang telah membimbing dan melatih murid-murid sebelum kejohanan bermula. Mudah-mudahan pada edisi yang akan datang, kita akan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang lagi. InsyaAllah. Berikut adalah keputusan kejohanan Balapan dan Padang kelompok 7 2013.


Tahniah kepada semua atlit SKS serta Guru-guru yang terlibat
"Majulah sukan untuk negara"

0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena