Thursday 14 March 2013

Keputusan MTQ Daerah Hilir Perak 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana keputusan MTQ Daerah Hilir Perak bagi tahun 2013 telah berjaya diperolehi dan murid-murid SKS berjaya menempatkan diri dalam hampir semua acara yang dipertandingkan bagi peringkat akhir MTQ yang akan dimaklumkan kemudian. Pada peringkat akhir MTQ ini, bagi semua acara iaitu Tilawah Al-Quran (L) dan (P), Hafazan (L) dan (P) dan Bercerita (L) dan (P), hanya 3 orang murid akan bertanding kembali bagi merebut tempat pertama bagi acara yang terlibat. Berikut adalah senarai nama murid SKS yang berjaya menempatkan diri ke pusingan akhir MTQ Daerah Hilir Perak. Tahniah dari pihak pentadbiran SKS kepada murid-murid serta ustazah dan ustaz yang memimpin dan membimbing murid hingga ke peringkat ini. Mudah-mudahan kejayaan untuk mengekalkan diri layak ke peringkat Kebangsaan seperti tahun-tahun sebelum ini dapat diteruskan. InsyaAllah.

Tilawah Al-Quran Lelaki
MUHAMMAD AIMAN B. MOHD FAIROS

Hafazan Lelaki
 MUHAMMAD AIMAN B. MOHD FAIROS
SALMAN B. YUSNAINI AMIR

Hafazan Perempuan
SOFEA BALQIS BT. YUSNAINI AMIR

Bercerita Lelaki
AMMAR B. AZIZI

Bercerita Perempuan
ALIA ZAHRA BT. MOHD MOKHERI

"TAHNIAH, DAN TERUSKAN PERJUANGANMU"

0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena