Tuesday 5 March 2013

Separuh Akhir Bola Sepak kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari isnin bersamaan 4 Mac 2013, di padang SK Khir Johari, berlangsung perlawanan separuh akhir dan akhir pertandingan bola sepak kelompok 7 bermula jam 2.30 ptg, sekolah kita telah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan bertemu dengan SK Sg. Batang bagi merebut tempat ke akhir. Pada perlawanan tersebut sekolah kita telah kecundang dalam kiraan 4-3 sepakan penalti setelah teringkat  tanpa jaringan setelah beraksi selama lebih kurang 30 minit. Kemudian bagi penentu tempat ke 3 dan ke 4, sekali lagi sekolah kita telah kecundang dengan SK Sg. Tiang Darat juga dengan kiraan sepakan penalti. Walaupun kalah dalam pertandingan kali ini, semoga ianya dapat memberi semangat dan iltizam yang tinggi bagi mengharungi perlawanan pada edisi yang akan datang. Berikut adalah gambaran peringkat separuh akhir yang berlangsung. 








"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena