Monday 16 February 2015

Penyampaian Hadiah Kejohanan Balapan dan Padang 2015 MSSPK(R) Kelompok 7 Hilir Perak

ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM PERAK AMAN JAYA

Pada perhimpunan rasmi sekolah pada 16hb Februari 2015 bersamaan hari isnin, telah berlangsung majlis penyampaian hadiah Kejohanan Balapan dan Padang 2015 MSSPK(R) Kelompok 7 Hilir Perak yang disampaikan oleh PK Pentadbiran, En. Khairussalleh b. Abd. Halim. SK Selekoh telah berjaya membawa pulang sebanyak 4 pingat emas, 5 perak dan 5 gangsa dan berjaya menempatkan diri ditempat ke-4 keseluruhan pungutan pingat. Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan jutaan tahniah kepada semua murid yang terlibat dan guru yang terdiri daripada En. Nor Fazli b. Khairon (ChefdaMission), En. Faizal b. Ismail, En. Noor Azri b. Nazaruddin, En. Nanda Kishore a/l Applanaidu, Pn. Sangidah b. Hj Yassin dan Pn. Norhamzani bt Md Yunus. Berikut adalah rekod pencapaian balapan dan padang SKS 2015 peringkat kelompok 7. 

Berikut adalah gambaran majlis penyampaian hadiah yang telah dijalankan.



















0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena