Saturday 14 February 2015

Kejohanan Bola Sepak (r) 2015 Kelompok 7 Daerah Hilir Perak

ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM PERAK AMAN JAYA

Pada 14 Februari 2015 bersamaan hari Sabtu, telah berlangsung kejohanan Bola Sepak (r) kelompok 7 daerah Hilir Perak 2015 bertempat di Padang SK Khir Johari, Sungai Sumun bermula jam 8.00 pagi. Sebanyak 7 buah sekolah telah menyertai dan dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B. Sekolah kita telah diundi di dalam kumpulan B bersama SK Bagan Pasir dan SK Tiang Baroh. Walau bagaimana pun, sekolah kita gagal menempatkan diri dikalangan 4 pasukan terbaik di peringkat separuh akhir dan tersekat diperingkat kumpulan sahaja. Dari pihak pentadbiran sekolah, diharapkan pada tahun akan datang, sekolah kita akan dapat melangkah dengan lebih jauh lagi. In Sha Allah. Terima kasih ditujukan kepada semua murid dan guru yang terlibat ketika perlawanan dan latihan keras selama ini. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan berlangsung.













0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena