Monday 13 August 2012

Pelancaran Jogathon SKS 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera


           Pada hari Jumaat yang lepas, bersamaan 10 Ogos 2012 berlangsung majlis pelancaran Jogathon SKS 2012 pada jam 11.05 tengahari di kantin sekolah. Majlis yang berlangsung dengan penuh gemilangnya, dirasmikan oleh Guru Besar Tuan Hj Misran b Taib PJK. 

             Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Muhsin dan diteruskan dengan ucapan setiausaha kejohanan En. Aziz b Yusof. Perjalanan acara diteruskan dengan perasmian tuan Guru Besar dan gimik persembahan serta penyerahan kad kejohanan kepada setiap guru dan murid mengikut kelas. Semoga perjalanan kejohanan yang direncanakan ini akan berlangsung dengan jayanya seperti yang dirancang, insyaAllah. Semua ibubapa penjaga dijemput hadir pada hari kejohanan nanti .   

0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena