Thursday 30 August 2012

Merdeka Raya SKS 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 30hb Ogos telah berlangsung majlis sambutan kemerdekaan, sambutan hari raya dan juga majlis ringkas sambutan perpisahan cikgu Abdullah. Majlis sambutan kemerdekaan dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Muhsin dan seterusnya nyanyian lagu kebangsaan dan lagu negeri Perak. Beberapa persembahan telah dijalankan antaranya pakaian berhias sempena kemerdekaan oleh murid-murid pra sekolah dan seterusnya kior dari murid-murid sks dan nyayian bersama-sama beberapa lagu kemerdekaan. Watikah kemerdekaan telah dibacakan oleh tuan Guru Besar Tn. Hj. Misran b. Taib PJK bagi mengakhiri majlis sambutan kemerdekaan.











Selepas tamatnya majlis sambutan kemerdekaan pada jam 10.30 pagi, majlis sambutan hari raya dijalankan di kantin sekolah. Murid-murid dan guru-guru membawa kuih raya dan pelbagai hidangan berkaitan dengan juadah raya untuk dikongsi bersama teman-teman dan juga bersama hidangan yang telah disediakan oleh Kelab staff SKS.












0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena