Friday 5 July 2013

Majlis Perpisahan Pn. Zainon bt. Nordin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung Majlis ringkas perpisahan Pn. Zainon bt. Nordin yang akan bertugas ditempat baru di SK Sg. Tiang Darat berkuatkuasa pada 1 Julai 2013. Walaupun masa bersama warga SK Selekoh terlalu singkat, namun pengalaman bersama akan tetap terpahat kukuh di dalam sanubari kita semua. Kami dari warga SK Selekoh, mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang telah Pn. Zainon berikan selama berada di sini.

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan majlis tersebut

Tn Hj. Baharum selaku Pengerusi Kelab Guru & Staf SKS memberikan ucapan.

Tn. Hj. Misran b. Taib, Guru Besar SKS menyampaikan sepatah dua kata.

Yang dirai, Pn. Zainon bt. Nordin memberikan ucapan terakhir kepada murid dan guru.




Amanat terakhir dari Pn. Zainon kepada murid-murid SKS.

Antara kad ucapan yang diberikan kepada Pn. Zainon, ikhlas dari hati dan hasil kerja murid.

Murid beratur untuk bersalaman dengan Pn. Zainon.



Antara guru perempuan bergambar kenangan bersama Pn. Zainon.

0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena