Friday 3 May 2013

Pertandingan Nyanyian Solo (sr) Kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 2 Mei 2013, telah berlangsung pertandingan Nyanyian Solo Kelompok 7 bertempat di Dewan Lestari SK Selekoh pada jam 2.30 petang. Sebanyak 4 buah sekolah telah menyertai dan telah menghantar sekurang-kurangnya 4 peserta ke semuanya bagi kategori lelaki dan perempuan. Antara sekolah yang menyertainya adalah dari SK Khir Johari, SK Bagan Pasir, SK Sungai Haji Muhammad dan dari sekolah kita, SK Selekoh. Sekolah kita telah diwakili oleh 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan, iaitu Muhamad Amirul Hafiz b. Abd. Rahman, Nur Adli Syahir b. Mohd Redzuan, Siti Noor Suhana bt. Abd. Rahim dan Aliya Maisarah bt. Muzzaki. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Amirul Hafiz mendapat tempat kedua bagi kategori lelaki dan Siti Noor Suhana mendapat tempat ketiga bagi kategori perempuan. Semoga kejayaan akan menjadi milik kita pada masa hadapan. InsyaAllah. Berikut adalah gambaran sepanjang majlis berlangsung.

En. Faisal dan para peserta menunggu giliran di belakang dewan.

En Nashrul Khairil menjadi pengelola P/A system.

En Aziz sebagai pengacara majlis pertandingan.

Murid dari SK Bagan Pasir memulakan acara.




Gambaran Hakim dan para tetamu yang hadir memberi sokongan.

Aliya Maisarah ketika mendedangkan lagu "Kosong".

Para Ibu bapa dan guru yang hadir.

Nur Adli Syahir ketika mendedangkan lagu "Anak Kampung".

Amirul Hafiz ketika mendedangkan lagu "Bila diri disayangi" walaupun dalam keadaan cedera.

Siti Noor Suhana ketika mendedangkan lagu "Wajah".

Persembahan Action Song mengisi selingan pertandingan.


Persembahan Action song yang memenangi pertandingan Kelompok 7.

Tn. Hj Misran menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Tn. Hj Misran menyampaikan hadiah kepada pemenang.


0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena