Tuesday 10 July 2012

Merentas Desa SKS Tahun 1 dan 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 5hb Julai 2012 yang lalu, telah berlangsung acara merentas desa mengikut rumah sukan di Sekolah Kebangsaan Selekoh yang dipimpin dan dikawal selia oleh En. A. Gunalan dan dibantu oleh semua guru-guru. Penglibatan murid-murid sangat mengalakkan bermula dari tahun 1 sehingga tahun 6. Namun acara merentas desa ini telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan iaitu tahun 1 dan 2 dilangsungkan pada sebelah pagi, tahun 3 dan 4 serta tahun 5 dan 6 pada sebelah petangnya. Para pemenang bagi semua cara lelaki dan perempuan telah menerima medal kemenangan yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum En. Hiruddin b Abdullah.

Murid-murid perempuan tahun 1 dan 2 memulakan acara.

Murid-murid tahun 1 dan 2 menunggu di tempat parking basikal murid

Teacher Hanum menunggu di tempat ketibaan peserta berserta dengan nombor.

Teacher Zairiah mencatat nama dan nombor peserta sambil diperhatikan oleh Sir Aziz

Pingat-pingat yang akan dikalungkan kepada para pemenang


Murid-murid lelaki tahun 1 dan 2 dilepaskan sambil dikawal oleh cikgu Fazli.


Cikgu Fazli memegang kasut yang ditinggalkan oleh murid ketika sedang berlari.

Murid yang tertinggal kasut memakai kasut setelah selesai larian.


Sir Guna memberi arahan sambil dibantu oleh beberapa orang guru.

Teacher Zairiah mencatatkan nama dan nombor para pemenang


Gimik persembahan antara Sir Kishore dan Ustaz Muhsin.


Pemenang ke-3 Lelaki 
(Muhammad Salizad b. Abu Bakar)

Pemenang ke-2 Lelaki
(Muhammad Amin b. Noor Zaman)

Pemenang Pertama Lelaki
(Muhammad Haris b.Ridzuan)

Pemenang ke-3 Perempuan
(Nur Syazwani bt Masful Azua)

Pemenang ke-2 Perempuan
(Nur Nasuha bt. Sukut)

Pemenang Pertama Perempuan
(Siti Noorsuhana bt Abdul Rahim)

0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena