Pada hari Jumaat, 23 Jun 2012 Sekolah Kebangsaan Selekoh telah mengadakan majlis sambutan Israk Mikraj di surau SKS dengan pimpinan oleh Ustaz dan Ustazah Panitia Pendidikan Islam dan dibantu oleh semua guru-guru dan kakitangan SKS. Perjalanan majlis dimulakan dengan bacaan yasin oleh semua guru islam dan murid-murid dan diikuti dengan ceramah agama berkaitan dengan majlis. Guru-guru dan kakitangan yang lain telah bertungkus lumus menyediakan bubur asyura bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 11.00 pagi. Bubur Asyura kemudian diagihkan kepada semua murid, guru dan kakitangan. Gotong royong ini berjalan dengan lancar malah dapat mengeratkan perhubungan antara semua guru dan kakitangan SKS. Mudah-mudahan majlis sedemikian akan terus dijalankan pada masa hadapan. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hot Topics
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada hari ini berlangsung secara ringkas dan sederhana majlis perpisahan Penolong Kanan HEM Encik ...
-
SK Selekoh telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran (MKQ) peringkat sekolah pada hari ini bermula jam 8.00 di Dewan Lestari SK Selekoh. Ma...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga SKS ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid dan guru-guru. Berhati-hati di...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada hari ini, bersamaan 20 Jun 2013, berlangsung sukaneka, acara akhir pra sukan lompat pagar semu...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 18 dan 19 Jun 2013, sekolah kita telah menjalankan sukantara dan Pra sukan bermula jam 8.00 pa...
smart la mamat yg pakai baju melayu merah tuhhh.... rajin betoi.... angkah kawah, cuci kawah, kacau kawah.... anak sapa la tu?
ReplyDeletemmg smart... nnti apa-apa hal boleh mintak tolong lagi.. hihi
ReplyDeletelepaih ni kita buat bubuq lamboq pulak....
ReplyDelete