Showing posts with label 1M1S. Show all posts
Showing posts with label 1M1S. Show all posts

Saturday, 29 September 2012

Karnival Sukan SKS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari sabtu bersamaan 29hb Sept. yang lepas, sekolah kita telah mengadakan Karnival Sukan di mana semua murid telah mengambil bahagian dan terlibat dalam setiap acara yang diadakan. Tujuan utama Karnival ini dijalankan adalah untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat baru SKS bermula dari tahun 3,4 dan 5 yang akan mewakili sekolah dalam beberapa acara bagi sesi 2013/2014 pada tahun hadapan. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah futsal lelaki dan wanita, bola jaring wanita, bola baling lelaki dan wanita dan sepak takraw. Semua acara dipertandingkan mengikut format liga dan murid bermain mengikut rumah sukan masing-masing yang telah dibimbing dan diselia oleh guru-guru penasihat rumah sukan. Semua acara berjaya dilaksanakan dengan jayanya namun bagi pertandingan bola baling lelaki dan wanita terpaksa ditangguhkan kerana kekangan masa. Semoga dengan kejayaan perlaksanaan Karnival Sukan SKS ini, sekolah kita dapat mencungkil bakat pelapis sekolah dalam acara yang akan kita sertai pada tahun depan, InsyaAllah. Sekian.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
























Read More

Tuesday, 10 July 2012

1M1S:Senamrobik SKS 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Demi menyahut seruan kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah Kebangsaan Selekoh tidak terkecuali menyertai dan melaksanakan program 1M1S Senamrobik peringkat sekolah. Penglibatan dari semua murid, guru dan staff sokongan menyemarakkan lagi senamrobik ini. Program ini berjalan dengan lancar bermula jam 7.30 pagi sehingga lebih kurang jam 9.00 pagi. 

Sesi pendaftaran murid dijalankan mengikut kelas.


Persediaan awal oleh guru dan ucapan ringkas dari Sir Gunalan

Sesi regangan badan dijalankan.


Bacaan doa oleh Ustaz Muhsin



Cikgu Aziz meregangkan badan sambil diperhatikan oleh PK HEM En. Abdullah dan Ustazah Hamzani

Antara guru-guru yang turut serta dalam senamrobik.

Guru bersemangat melakukan senamrobik

Aktiviti senamrobik yang dijalankan.

Antara guru dan staff yang melakukan senamrobik.

Wah.. makin rancak.

Kegembiraan murid dalam melakukan senamrobik menyerlah.

Konduktor senamrobik yang harus dipuji melaksanakan tugas dengan jayanya.

Cuba teka yang mana satu cikgu.

Asyiknya cikgu-cikgu bersenamrobik.

Ops jaga langkah anda.


Ustaz Muhsin macam lain je gayanya.

Semua murid melakukan dengan jayanya.

Tuan Hj. Misran juga turut serta senamrobik.



Aktiviti regangan badan 'cool down' dilakukan selepas senamrobik.

Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena