Showing posts with label MTQ. Show all posts
Showing posts with label MTQ. Show all posts

Monday, 15 April 2013

Keputusan MTQ Daerah Hilir Perak 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada perhimpunan rasmi pagi ini, telah berlangsung majlis penyampaian hadiah pemenang MTQ dan akan mewakili daerah ke peringkat negeri. Alhamdulillah, sekolah kita telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam semua acara yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada Mohd Aiman b. Mohd Fairos, Johan Hafazan Lelaki, Nur Syabila bt. Mohd Fairos, Johan Hafazan Perempuan dan Ammar bin Azizi, Johan Bercerita Lelaki. Manakala adik Sofia Balqis bt. Yusnaini Amir mendapat tempat kedua Hafazan perempuan dan Aliya Zahra bt. Mohd Mohkeri juga mendapat tempat kedua bercerita perempuan. Salman b. Yusnaini Amir pula mendapat tempat ketiga Tilawah Lelaki. Tahniah dari pihak pentadbiran SKS kepada semua pemenang dan guru-guru yang terlibat. Johan pertandingan akan bertanding di daerah Kerian pada 26 April bersamaan hari jumaat sehingga sabtu 27 April. Semoga mereka beroleh kejayaan dan menjadi johan peringkat negeri, InsyaAllah. Berikut adalah gambar para pemenang.










Read More

Thursday, 14 March 2013

Keputusan MTQ Daerah Hilir Perak 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana keputusan MTQ Daerah Hilir Perak bagi tahun 2013 telah berjaya diperolehi dan murid-murid SKS berjaya menempatkan diri dalam hampir semua acara yang dipertandingkan bagi peringkat akhir MTQ yang akan dimaklumkan kemudian. Pada peringkat akhir MTQ ini, bagi semua acara iaitu Tilawah Al-Quran (L) dan (P), Hafazan (L) dan (P) dan Bercerita (L) dan (P), hanya 3 orang murid akan bertanding kembali bagi merebut tempat pertama bagi acara yang terlibat. Berikut adalah senarai nama murid SKS yang berjaya menempatkan diri ke pusingan akhir MTQ Daerah Hilir Perak. Tahniah dari pihak pentadbiran SKS kepada murid-murid serta ustazah dan ustaz yang memimpin dan membimbing murid hingga ke peringkat ini. Mudah-mudahan kejayaan untuk mengekalkan diri layak ke peringkat Kebangsaan seperti tahun-tahun sebelum ini dapat diteruskan. InsyaAllah.

Tilawah Al-Quran Lelaki
MUHAMMAD AIMAN B. MOHD FAIROS

Hafazan Lelaki
 MUHAMMAD AIMAN B. MOHD FAIROS
SALMAN B. YUSNAINI AMIR

Hafazan Perempuan
SOFEA BALQIS BT. YUSNAINI AMIR

Bercerita Lelaki
AMMAR B. AZIZI

Bercerita Perempuan
ALIA ZAHRA BT. MOHD MOKHERI

"TAHNIAH, DAN TERUSKAN PERJUANGANMU"
Read More

Thursday, 7 March 2013

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah Rendah Peringkat Zon 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari Khamis bersamaan 7hb Mac 2013, berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran di SKS bagi sekolah rendah Hilir Perak (zon 4) kelompok 7 dan 8 bermula jam 2.30 ptg. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah seperti, Tilawah (L) dan (P), Hafazan (L) dan (P), dan Bercerita (L) dan (P). Berikut adalah gambaran majlis yang berlangsung.





Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena