Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Tuesday, 10 September 2013

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada minggu ini, bermulanya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 pada hari selasa bersamaan 10hb September sehingga hari khamis 12hb September 2013. Warga pentadbiran sekolah dan guru-guru mendoakan agar murid-murid yang terlibat dapat menjawab soalan dengan tenang dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang, InsyaAllah. Berikut adalah jadual waktu peperiksaan UPSR 2013.

BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL
"SEMOGA BERJAYA!!"





Read More

Monday, 9 September 2013

Bacaan Yasin Perdana

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada awal pagi ini, selepas perhimpunan rasmi sekolah, telah berlangsung bacaan Yasin Perdana sempena dengan UPSR 2013 yang akan berlangsung pada 10 sehingga 12 September 2013. Majlis diketuai oleh Ustaz Zakwan dan diakhiri dengan bersalaman antara murid dan semua guru. Majlis bacaan Yasin dan solat hajat juga telah dijalankan di Surau, SKS pada hari sebelumnya, iaitu pada hari Khamis(malam jumaat) 5 September dan bacaan Yasin di Dewan Lestari SKS pada pagi jumaat bersamaan 6 september. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan majlis. Mudah-mudahan kejayaan menjadi milik kita, insyaAllah. SKS boleh!!

"BERUSAHA, BERDOA, BERTAWAKAL"




Read More

Thursday, 22 August 2013

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR dan Keibubapaan SKS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung Program Motivasi Kecemerlangan UPSR dan Keibubapaan SKS 2013 yang telah berlangsung di PKG Selekoh bermula jam 3.00 petang. Majlis berlangsung dengan pendaftaran murid dan ibu bapa dan diteruskan dengan majlis motivasi UPSR, motivasi keibubapaan dan penyerahan slip percubaan UPSR. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan. Dengan adanya program seperti ini, diharap murid-murid SKS akan mendapat suntikan semangat dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang. Sama-samalah kita doakan. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan program.




Read More

Wednesday, 5 September 2012

Jamuan Ambang UPSR 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini bersamaan dengan 5hb September 2012 hari rabu, telah berlangsung secara ringkas majlis jamuan untuk pelajar tahun 6 SKS yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Mudah-mudahan semua murid tahun 6 berjaya menjawab soalan UPSR dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya. Sama-samalah kita doakan. amin.













Read More

Wednesday, 8 August 2012

Majlis Perjumpaan Bersama Ibubapa Penjaga Murid UPSR SKS 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam berlangsungnya secara ringkas dan lancar majlis perjumpaan bersama ibu bapa dan penjaga murid-murid UPSR 2012 yang diadakan di dalam kelas 6 bijak bermula jam 12 tengahari. Kehadiran ibu bapa penjaga ini amat-amat mengalakkan dan mendapat sokongan daripada PIBG sekolah. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk mendapat maklum balas dan pandangan serta bertukar-tukar pendapat antara guru dan ibu bapa penjaga serta bagi memudahkan pihak ibu bapa penjaga mengetahui tahap prestasi anak-anak mereka secara terus daripada guru-guru mata pelajaran utama sebelum menjelangnya UPSR 2012 tidak lama lagi. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ibu bapa penjaga murid UPSR 2012 yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis ini dan mudah-mudahan anak-anak didik kita ini akan mendapat keputusan yang cemerlang pada UPSR nanti, insyaAllah. Sekian terima kasih.








Read More

Thursday, 12 July 2012

Percubaan UPSR 2012 bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012, bermula pada hari 11 Julai dan berakhir pada 13 Julai. Pada 11 Julai bersamaan hari Rabu murid akan menduduki ujian Bahasa Melayu Kefahaman dan Penulisan serta Matematik kertas 2. Pada 12 Julai, murid akan menduduki pula ujian Bahasa Inggeris 1 dan Bahasa Inggeris 2 serta Sains. Manakala pada hari terakhir, murid akan menduduki peperiksaan Matematik kertas 1 sahaja. Harapan guru-guru dan ibubapa, semoga murid-murid dapat menjawab soalan dengan tenang dan mencurahkan segala ilmu yang telah dipelajari dengan mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan. 'Berusaha, Berdoa dan Bertawakal'.

"SELAMAT MAJU JAYA"


Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena