Wednesday, 19 November 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Prasekolah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Prasekolah, bertempat di Dewan Lestari, SK Selekoh.

Read More

Friday, 21 March 2014

Majlis Perpisahan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung Majlis Perpisahan Pn. Hjh. Mainoor Wati bt. Nazari, En. Aziz bin Yusof dan Pn. Norazimah bt. Mohd Sidek. Kami dari warga SK Selekoh, mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang telah mereka berikan selama berada di sini.

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Read More

Friday, 14 March 2014

Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti sempena persaraan Tn. Hj. Misran bin Taib PJK, Guru Besar Cemerlang SK Selekoh, bertempat di Dewan Lestari, SK Selekoh.

Read More

Tuesday, 10 September 2013

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada minggu ini, bermulanya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 pada hari selasa bersamaan 10hb September sehingga hari khamis 12hb September 2013. Warga pentadbiran sekolah dan guru-guru mendoakan agar murid-murid yang terlibat dapat menjawab soalan dengan tenang dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang, InsyaAllah. Berikut adalah jadual waktu peperiksaan UPSR 2013.

BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL
"SEMOGA BERJAYA!!"





Read More

Monday, 9 September 2013

Bacaan Yasin Perdana

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada awal pagi ini, selepas perhimpunan rasmi sekolah, telah berlangsung bacaan Yasin Perdana sempena dengan UPSR 2013 yang akan berlangsung pada 10 sehingga 12 September 2013. Majlis diketuai oleh Ustaz Zakwan dan diakhiri dengan bersalaman antara murid dan semua guru. Majlis bacaan Yasin dan solat hajat juga telah dijalankan di Surau, SKS pada hari sebelumnya, iaitu pada hari Khamis(malam jumaat) 5 September dan bacaan Yasin di Dewan Lestari SKS pada pagi jumaat bersamaan 6 september. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan majlis. Mudah-mudahan kejayaan menjadi milik kita, insyaAllah. SKS boleh!!

"BERUSAHA, BERDOA, BERTAWAKAL"




Read More

Monday, 2 September 2013

Sambutan Kemerdekaan SK Selekoh 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada perhimpunan rasmi pagi ini telah berlangsungnya Sambutan Kemerdekaan Malaysia kali ke 56 bertempat di kantin SK Selekoh dengan penuh semangat nasionalisma. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu rasmi, bacaan doa dan ikrar dan diteruskan lagi dengan ucapan amanat kemerdekaan yang disampaikan oleh PK Pentadbiran, En. Khairussalleh. Majlis sambutan Kemerdekaan dimeriahkan lagi dengan nyanyian 3 buah lagu sempena kemerdekaan, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31 yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh guru dan murid-murid sambil mengibarkan bendera Kebangsaan Malaysia. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan program tersebut.
Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena