Thursday, 21 March 2013

Jemputan ke Mesyuarat PIBG Ke-33 dan Pelancaran i-THINK

Assalamualaikum dan salam sejahtera

"SEMUA DIJEMPUT HADIR"


Read More

Monday, 18 March 2013

Pemenang Balapan dan Padang MSSD Hilir Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada Hari Sabtu bersamaan 16 Mac 2013, berlangsung pertandingan Balapan dan Padang Daerah Hilir Perak di Stadium Mini Sabak Bernam. Alhamdulillah, dua orang murid SKS telah berjaya memperolehi pingat, 1 emas dan 1 perak dalam acara lontar peluru perempuan kelas 5 dan acara 200m perempuan kelas 6. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan kepada yang gagal janganlah berputus asa dan teruskan usaha agar membuahkan hasilnya pada masa yang akan datang. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada guru yang sanggup mengerah kering dan meluangkan masa yang ada bagi melatih dan membimbing murid ini sehingga berjaya. Berikut adalah majlis kalungan pingat oleh Guru Besar SKS, tuan Hj, Misran b. Taib PJK.

Nur Nadia Sofea bt. Abd Sham (EMAS LONTAR PELURU) K5 MSSD Hilir Perak

Sofea Balqis bt. Yusnani Amir (PERAK 200M) K6 MSSD Hilir Perak

"TAHNIAH DAN MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Read More

Friday, 15 March 2013

Majlis Perpisahan Ustazah Nurul Hernani

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung secara ringkas majlis perpisahan khas buat Cik Nurul Hernani yang akan berpindah dan memulakan tugasnya di sekolah baru di SK Bagan Pasir. Tidak sampai 3 bulan Cik Nurul Hernani memulakan tugasnya di SKS, kini beliau tukarkan pula dari SKS ke SK Bagan Pasir. Walaupun singkat namun segala pengalaman dan jerih perih beliau sepanjang berada di SKS akan sentiasa dikenang dan pihak pentadbiran SKS ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini. Berikut adalah perjalanan dan gambaran sepanjang majlis berlangsung. 

Adik Muhammad Aiman mengetuai bacaan doa pembuka Majlis.

Amanat terakhir Tuan Hj. Misran kepada Cik Nurul Hernani

Tuan Hj. Misran mewakili pihak pentadbiran dan guru.

Murid-murid mendengar ucapan dan nasihat yang diberikan.

Majlis penyerahan hadiah kepada Cik Nurul Hernani oleh murid-murid.

Salaman terakhir murid-murid.

Murid-murid setiap kelas tidak melepaskan peluang bersalaman.

Bergambar kenangan bersama Cik Nurul Hernani.

Read More

Thursday, 14 March 2013

Keputusan MTQ Daerah Hilir Perak 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana keputusan MTQ Daerah Hilir Perak bagi tahun 2013 telah berjaya diperolehi dan murid-murid SKS berjaya menempatkan diri dalam hampir semua acara yang dipertandingkan bagi peringkat akhir MTQ yang akan dimaklumkan kemudian. Pada peringkat akhir MTQ ini, bagi semua acara iaitu Tilawah Al-Quran (L) dan (P), Hafazan (L) dan (P) dan Bercerita (L) dan (P), hanya 3 orang murid akan bertanding kembali bagi merebut tempat pertama bagi acara yang terlibat. Berikut adalah senarai nama murid SKS yang berjaya menempatkan diri ke pusingan akhir MTQ Daerah Hilir Perak. Tahniah dari pihak pentadbiran SKS kepada murid-murid serta ustazah dan ustaz yang memimpin dan membimbing murid hingga ke peringkat ini. Mudah-mudahan kejayaan untuk mengekalkan diri layak ke peringkat Kebangsaan seperti tahun-tahun sebelum ini dapat diteruskan. InsyaAllah.

Tilawah Al-Quran Lelaki
MUHAMMAD AIMAN B. MOHD FAIROS

Hafazan Lelaki
 MUHAMMAD AIMAN B. MOHD FAIROS
SALMAN B. YUSNAINI AMIR

Hafazan Perempuan
SOFEA BALQIS BT. YUSNAINI AMIR

Bercerita Lelaki
AMMAR B. AZIZI

Bercerita Perempuan
ALIA ZAHRA BT. MOHD MOKHERI

"TAHNIAH, DAN TERUSKAN PERJUANGANMU"
Read More

Monday, 11 March 2013

Kem Kepimpinan Pengawas dan Pengawas PSS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 9hb Mac 2013 bersamaan hari sabtu, Unit HEM Sekolah Kebangsaan Selekoh telah mengadakan majlis Kem Kepimpinan Pengawas dan Pengawas PSS 2013 bermula jam 8.00 pagi di PKG Selekoh. Pihak sekolah telah menjemput 2 orang penceramah jemputan bagi mengendalikan majlis ini dengan lancar dan disertai oleh 40 murid yang memegang jawatan sebagai pengawas dan pengawas PSS SK Selekoh bagi sesi 2013. Berikut adalah gambaran perjalanan Kem Kepimpinan tersebut.







Read More

Thursday, 7 March 2013

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah Rendah Peringkat Zon 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari Khamis bersamaan 7hb Mac 2013, berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran di SKS bagi sekolah rendah Hilir Perak (zon 4) kelompok 7 dan 8 bermula jam 2.30 ptg. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah seperti, Tilawah (L) dan (P), Hafazan (L) dan (P), dan Bercerita (L) dan (P). Berikut adalah gambaran majlis yang berlangsung.





Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena