Monday, 9 February 2015

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Kebangsaan Selekoh 2015

ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEJAHTERA, SALAM PERAK AMAN JAYA, SALAM SATU MALAYSIA

Pada hari ini, telah berlangsung majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Kebangsaan Selekoh 2015 di tapak perhimpunan rasmi sekolah yang telah dirasmikan dengan jayanya, oleh tuan Guru Besar SK Selekoh, Tn. Hj. Kamalodin bin Mohamad. Program NILAM ini telah dikawal selia oleh Guru Media SK Selekoh, En. Noor Azri b. Nazaruddin. Berikut adalah gambaran sepanjang majlis berlangsung, dimulakan dengan penyerahan buku nilam bagi sesi 2015 kepada guru-guru kelas, dan kemudian penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid yang berjaya mencapai tahap nilam.






Read More

Thursday, 29 January 2015

Pertandingan Bola Baling Kelompok 7 2015

ASSALAMUALAIKUM WBT
Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia, Salam Perak Aman Jaya

Pada hari ini 29 Januari 2015 bersamaan hari khamis, telah berlangsung perlawanan Bola Baling bagi kelompok 7 bertempat di padang SK Sungai Batang. Sekolah kita telah menghantar lebih kurang seramai 30 murid terdiri daripada pelajar perempuan dan lelaki di dalam pertandingan ini. Walau bagaimana pun, sekolah kita gagal melepasi peringkat kumpulan dalam kategori lelaki dan juga perempuan. Diharapkan pada tahun hadapan kita akan mendapat tempat yang lebih baik dan berjaya merangkul kejayaan. In sha Allah. SKS Boleh!!! Berikut adalah gambaran yang berjaya dirakamkan sepanjang kejohanan berlangsung.






Read More

Thursday, 22 January 2015

Pertandingan Badminton Kelompok 7

ASSALAMUALAIKUM WBT
Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia, Salam Perak Aman Jaya

Pada hari ini 22 Januari 2015 bersamaan hari Khamis, telah berlangsung perlawanan badminton kelompok 7 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Batu 20 Bagan Pasir yang telah dianjurkan oleh sekolah kita. Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi dan SK Selekoh telah menghantar  2 murid lelaki dan 2 murid perempuan dalam pertandingan badminton kali ini. Walau bagaimana pun, murid yang berjaya mewakili sekolah hanya melepasi pusingan ke dua kejohanan. Mudah-mudahan pada tahun hadapan sekolah kita akan berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang. In sha Allah. berikut adalah gambaran ketika kejohanan berlangsung.




Read More

Wednesday, 19 November 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Prasekolah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Prasekolah, bertempat di Dewan Lestari, SK Selekoh.

Read More

Friday, 21 March 2014

Majlis Perpisahan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung Majlis Perpisahan Pn. Hjh. Mainoor Wati bt. Nazari, En. Aziz bin Yusof dan Pn. Norazimah bt. Mohd Sidek. Kami dari warga SK Selekoh, mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang telah mereka berikan selama berada di sini.

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Read More

Friday, 14 March 2014

Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti sempena persaraan Tn. Hj. Misran bin Taib PJK, Guru Besar Cemerlang SK Selekoh, bertempat di Dewan Lestari, SK Selekoh.

Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena