Pada perhimpunan rasmi pagi ini telah berlangsungnya Sambutan Kemerdekaan Malaysia kali ke 56 bertempat di kantin SK Selekoh dengan penuh semangat nasionalisma. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu rasmi, bacaan doa dan ikrar dan diteruskan lagi dengan ucapan amanat kemerdekaan yang disampaikan oleh PK Pentadbiran, En. Khairussalleh. Majlis sambutan Kemerdekaan dimeriahkan lagi dengan nyanyian 3 buah lagu sempena kemerdekaan, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31 yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh guru dan murid-murid sambil mengibarkan bendera Kebangsaan Malaysia. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan program tersebut.
Monday, 2 September 2013
Saturday, 24 August 2013
Majlis Sambutan Hari Raya 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada hari ini berlangsung majlis sambutan ringkas jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung selepas waktu rehat di kantin SK Selekoh. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan program.
Thursday, 22 August 2013
Program Motivasi Kecemerlangan UPSR dan Keibubapaan SKS 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada hari ini berlangsung Program Motivasi Kecemerlangan UPSR dan Keibubapaan SKS 2013 yang telah berlangsung di PKG Selekoh bermula jam 3.00 petang. Majlis berlangsung dengan pendaftaran murid dan ibu bapa dan diteruskan dengan majlis motivasi UPSR, motivasi keibubapaan dan penyerahan slip percubaan UPSR. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan. Dengan adanya program seperti ini, diharap murid-murid SKS akan mendapat suntikan semangat dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang. Sama-samalah kita doakan. Berikut adalah gambaran sepanjang perjalanan program.
Monday, 19 August 2013
Pelancaran Bulan Kemerdekaan SKS 2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, salam Perak Aman Jaya
Pada hari ini, pada perhimpunan rasmi sekolah, telah berlangsung majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah bagi tahun 2013 yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Selekoh, Tuan Hj, Misran b. Taib PJK. Majlis dimulakan dengan penerangan ringkas berkaitan program yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini oleh ustaz Muhsin selaku guru bertugas mingguan dan diteruskan dengan Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh Tuan Guru Besar dan mengetuai bacaan doa sempena kemerdekaan, perincian maklumat dan syarat penyertaan bagi setiap pertandingan yang dijalankan disampaikan oleh PK Kokurikulum, Pn Siti Hamidah dan penyerahan bendera kebangsaan kepada semua ketua kelas dan guru-guru bilik khas. Berikut adalah gambaran sepanjang majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada perhimpunan rasmi sekolah awal pagi tadi.
Thursday, 8 August 2013
Salam Aidilfitri
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ingatan tulus ikhlas dari warga SKS, mengucapkan selamat bercuti dan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013
Friday, 2 August 2013
Majlis Khatam Al-Quran
SK Selekoh telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran (MKQ) peringkat sekolah pada hari ini bermula jam 8.00 di Dewan Lestari SK Selekoh. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin, majlis khatam al-quran, bacaan hafazan daripada Mohamad Aiman b. Fairos, Salman b. Yusnaini Amir, Nur Syabila bt. Fairos dan Sofea Balqis bt. Yusnaini Amir. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan sambutan Hari raya secara ringkas dengan memberi sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan fakir miskin SK Selekoh. Majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan Hari Raya yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar, barisan Penolong Kanan dan juga wakil guru SK Selekoh. Berikut adalah gambaran sepanjang majlis berlangsung.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hot Topics
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada hari ini berlangsung secara ringkas dan sederhana majlis perpisahan Penolong Kanan HEM Encik ...
-
SK Selekoh telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran (MKQ) peringkat sekolah pada hari ini bermula jam 8.00 di Dewan Lestari SK Selekoh. Ma...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga SKS ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid dan guru-guru. Berhati-hati di...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada hari ini, bersamaan 20 Jun 2013, berlangsung sukaneka, acara akhir pra sukan lompat pagar semu...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 18 dan 19 Jun 2013, sekolah kita telah menjalankan sukantara dan Pra sukan bermula jam 8.00 pa...
























