Friday, 8 February 2013

Tahun Baru Cina 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Warga Selekoh ingin mengucapkan tahniah bagi mereka yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2013 dan selamat bercuti kepada semua murid dan guru-guru. Berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung halaman.


Read More

Friday, 1 February 2013

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini berlangsung satu Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan tahun 2013 anjuran bersama SK Selekoh dan SK SG. HJ. Muhammad yang telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh.
Sesi Pendaftaran Ibu bapa

Sesi pendaftaran berjalan lancar bermula jam 7.40 pagi.

Guru-guru sedang bersiap sedia bersama peralatan PA System bagi memastikan kelancaran majlis.

Tuan Guru Besar, sedang memberikan kata-kata aluan kepada ibu bapa/ penjaga yang hadir.

Ibu bapa/penjaga yang hadir.

Kehadiran YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi, disambut oleh para hadirin.

Paluan kompang mengiringi ketiba YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi di SK Selekoh.

Tuan Guru Besar mengiringi YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi ke dalam dewan

Guru-guru SK Selekoh bersalaman mesra dengan YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi.
 
Antara tetamu terhormat yang hadir semasa Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013.

YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh bersama Tuan Guru Besar SK Selekoh, Tn. Hj. Misran b. Taik PJK.

Ucapan dan amanat yang disampaikan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi kepada ibu bapa/penjaga yang hadir.




YB Dato' Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi menyampaikan Bantuan Awal Persekolah 2013 kepada murid dan ibu bapa pelajar dari SK Selekoh dan SK Sg. Hj. Muhammad.


Read More

Friday, 25 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013 Peringkat Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2013 peringkat sekolah pada jam 7.45 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan surah yassin yang diketuai oleh adik Mohd Aiman b. Mohd Fairos dan adik Salman b. Yusnaini Amir. 



Read More

Wednesday, 16 January 2013

Pertandingan Catur peringkat Kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 15hb Januari bersamaan hari selasa, telah berlangsung Pertandingan Catur Peringkat kelompok 7 di SJK (T) Ladang New Coconut. Sekolah kita telah menghantar 4 orang wakil yang terdiri daripada 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan yang telah dibimbing dan dilatih oleh cikgu Noor Azri. Seorang murid SKS iaitu Muhammad Amirrul Hafiz b. Mohammad Suhaimi dari tahun 6 telah berjaya mendapat tempat 3 dan layak untuk ke peringkat Daerah. Tahniah diucapkan. Bagi yang gagal jangan berputus asa dan terus bangkit dari kegagalan bagi menempa kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan kelak. InsyaAllah. 

Nur Ashikin bt Amir Hamzah mendapat tempat ke-6 (perempuan)

Muhammad Muaz Hafizi b Alias mendapat tempat ke-7(Lelaki)

Nur Amira Adlina bt Mohd Syed Jaafar mendapat tempat ke-11 (perempuan)
Read More

Wednesday, 2 January 2013

Selamat Bertugas dan Salam Perpisahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pihak pentadbiran dan semua warga SKS mengucapkan selamat bertugas ditempat baru kepada 3 orang guru dari SKS, PK Kokurikulum En. Hiruddin b. Abdullah yang bertukar ke SK Sultan Abdul Aziz sebagai PK HEM, Pn. Azizah bt. Haris yang bertukar ke SK Bagan Datoh dan En. A. Gunalan a/l Ayavoo berpindah ke SK Hutan Melintang. Segala jasa dan bakti serta perit jerih bersama akan sentiasa dikenang dan tersemat rapi di dalam sanubari. Jika ada kelapangan datang-datanglah melawat kami di sini. 

PK Koku En. Hiruddin b. Abdullah

Pn. Azizah bt. Haris

En. A. Gunalan a/l Ayavoo
Read More

Selamat Tahun Baru dan Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kami warga SKS mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 dan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid SKS bagi sesi 2013/2014. Semoga dengan azam dan tekad yang baru, kita semua akan beroleh kejayaan dan kerahmatan dariNya pada hari-hari yang mendatang. "DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN". InsyaAllah.


Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena