Tuesday, 10 July 2012

Merentas Desa Murid Tahun 3 hingga 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selesai acara merentas desa bagi murid tahun 1 dan 2 pada sebelah pagi, pada sebelah petang pula berlangsung acara merentas desa bagi 2 kumpulan, iaitu bagi tahun 3 dan 4, dan tahun 5 dan 6. Acara dimulakan pada jam 3 petang dan berakhir dalam jam 5.30 petang. Berikut adalah aktiviti-aktiviti sepanjang acara dijalankan. 

Guru-guru diberi penerangan berkaitan dengan perjalanan acara merentas desa.


Murid-murid melakukan aktiviti regangan sebelum memulakan acara.











Beberapa babak larian murid.

Sokongan moral dari guru setiap rumah sukan.

Sokongan semangat oleh Cikgu Fazli dan Cik Hani sedang berada di salah satu check point.

Cikgu Reza menanti di garisan penamat

Pn. Azura mengawal murid dan menjaga di salah satu check point.

Teacher Zairiah dan Ustazah Hamzani menanti peserta di garisan penamat.

Ustaz Muhsin memberikan nombor kepada peserta yang sampai dahulu di garisan penamat.

Murid yang selesai menamatkan acara merentas desa

Disediakan tempat minuman pagi semua murid

Cikgu Mainoorwati dan cikgu Aziz berada di salah satu check point bersama peralatan kecemasan.

Diperhatikan oleh PK Ko SKS En Hiruddin.

Acara bagi lelaki dimulakan.

Reaksi murid ketika berlari.

Salah satu check point.

Sokongan Moral dari Ustaz Muhsin

Cikgu Reza dan Sir Kishore menanti pemenang di garisan akhir perlumbaan sambil diperhatikan oleh beberapa orang guru.

Murid-murid yang melepasi masa sedang melaporkan diri di meja pencatat.

Read More

Merentas Desa SKS Tahun 1 dan 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 5hb Julai 2012 yang lalu, telah berlangsung acara merentas desa mengikut rumah sukan di Sekolah Kebangsaan Selekoh yang dipimpin dan dikawal selia oleh En. A. Gunalan dan dibantu oleh semua guru-guru. Penglibatan murid-murid sangat mengalakkan bermula dari tahun 1 sehingga tahun 6. Namun acara merentas desa ini telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan iaitu tahun 1 dan 2 dilangsungkan pada sebelah pagi, tahun 3 dan 4 serta tahun 5 dan 6 pada sebelah petangnya. Para pemenang bagi semua cara lelaki dan perempuan telah menerima medal kemenangan yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum En. Hiruddin b Abdullah.

Murid-murid perempuan tahun 1 dan 2 memulakan acara.

Murid-murid tahun 1 dan 2 menunggu di tempat parking basikal murid

Teacher Hanum menunggu di tempat ketibaan peserta berserta dengan nombor.

Teacher Zairiah mencatat nama dan nombor peserta sambil diperhatikan oleh Sir Aziz

Pingat-pingat yang akan dikalungkan kepada para pemenang


Murid-murid lelaki tahun 1 dan 2 dilepaskan sambil dikawal oleh cikgu Fazli.


Cikgu Fazli memegang kasut yang ditinggalkan oleh murid ketika sedang berlari.

Murid yang tertinggal kasut memakai kasut setelah selesai larian.


Sir Guna memberi arahan sambil dibantu oleh beberapa orang guru.

Teacher Zairiah mencatatkan nama dan nombor para pemenang


Gimik persembahan antara Sir Kishore dan Ustaz Muhsin.


Pemenang ke-3 Lelaki 
(Muhammad Salizad b. Abu Bakar)

Pemenang ke-2 Lelaki
(Muhammad Amin b. Noor Zaman)

Pemenang Pertama Lelaki
(Muhammad Haris b.Ridzuan)

Pemenang ke-3 Perempuan
(Nur Syazwani bt Masful Azua)

Pemenang ke-2 Perempuan
(Nur Nasuha bt. Sukut)

Pemenang Pertama Perempuan
(Siti Noorsuhana bt Abdul Rahim)

Read More

Wednesday, 4 July 2012

Keputusan Sukantara SKS 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setelah beberapa hari menjalankan latihan pada waktu petang bermula dari jam 3.00 petang dan berakhir lebih kurang jam 5.15 petang, sukantara SKS telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Murid-murid bagi tahun 1 dan 2 menjalankan acara akhir sukantara pada awal pagi pada sesi masa pertama dan bagi murid tahun 3 hingga 6 sukantara dijalankan pada sebelah petang pada hari rabu minggu lepas. Berikut adalah keputusan markah yang diperolehi selesai sukantara. Sekian.


Read More

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena