Sunday, 28 April 2013

Pertandingan Karnival Sains Daerah Hilir Perak 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 27 April bersamaan hari Sabtu, telah berlangsung pertandingan Karnival Sains daerah Hilir Perak bagi tahun 2013. Sekolah kita telah menjadi pengelola pertandingan bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris bertempat di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai bermula jam 8.00 pagi. Sekolah kita yang telah diwakili oleh adik Anfal bt. Aminuddin bagi kelompok 7 telah menyertai pertandingan ini, dan berjaya mendapat tempat ke 4 daripada 16 orang peserta. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada adik...
Read More

Wednesday, 24 April 2013

Konvensyen Doktor Muda Peringkat Daerah 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 24 April, bersamaan hari rabu berlangsung Konvensyen Doktor Muda Peringkat Daerah Hilir Perak di Klinik Kesihatan Teluk Intan, pada jam 2.30 petang. Sekolah kita telah berjaya mendapat johan bagi Kuiz Kesihatan Doktor Muda yang diwakili oleh Fawanis, Nur Amanina Ayuni, Zulfa dan Muhd Thaqif. Bagi kategori bercerita Doktor Muda dalam bahasa Melayu yang diwakili oleh Nurul Izzatie bt. Mohd Iqbal telah mendapat tempat ke- 2. Bercerita Doktor Muda dalam bahasa Inggeris yang diwakili oleh Denesh...
Read More

Tuesday, 23 April 2013

Pertandingan Action Songs peringkat kelompok 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 23 April bersamaan hari selasa, telah berlangsung pertandingan "action song" peringkat kelompok 7 di SK Sungai Tiang Darat. Alhamdulillah, sekolah kita telah berjaya menjadi johan dan mewakili kelompok 7 ke peringkat daerah pada 8 Mei bersamaan hari rabu di SK Tanjung Bayan. Mudah-mudahan sekolah kita berjaya menjadi johan dan mewakili daerah ke peringkat negeri, insyaAllah. Sama-samalah kita doakan. Ucapan tahniah kepada murid-murid tahun 3 yang terlibat serta komitmen yang tinggi dari teacher...
Read More

Wednesday, 17 April 2013

Pertandingan Karnival Sains Kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada hari ini, berlangsung pertandingan Karnival Sains Kelompok 7 di SK Khir Johari pada jam 2.30 petang. Alhamdulillah, sekolah kita telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita sains dalam bahasa inggeris yang diwakili oleh adik Anfal bt. Aminuddin. Bagi pertandingan saintis muda yang diwakili oleh Nur Amanina Ayuni dan Muhammad Muaz dari tahun 5 Bijak hanya mendapat tempat ke - 2. Namun begitu tahniah diucapkan. Semoga kita akan berusaha lebih gigih di masa hadapan bagi...
Read More

Monday, 15 April 2013

Pertandingan Sepak Takraw Daerah Hilir Perak Sekolah Rendah 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 15 April bersamaan hari Isnin berlangsung pertandingan sepak takraw antara regu sekolah rendah peringkat Daerah Hilir Perak di gelanggang SMK Tun Abdul Razak bermula jam 8.00 pagi. Sekolah kita telah menyertai pertandingan tersebut dan telah ditempatkan di dalam kumpulan F bersama-sama SK Sg. Tiang Darat dan SK Bagan Datoh. Pada perlawanan pertama bertemu SK Sg. Tiang Darat, sekolah kita telah berjaya menang dengan keputusan 2 - 0. Namun, pada perlawanan kedua, iaitu penentu johan kumpulan,...
Read More

Keputusan MTQ Daerah Hilir Perak 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada perhimpunan rasmi pagi ini, telah berlangsung majlis penyampaian hadiah pemenang MTQ dan akan mewakili daerah ke peringkat negeri. Alhamdulillah, sekolah kita telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam semua acara yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada Mohd Aiman b. Mohd Fairos, Johan Hafazan Lelaki, Nur Syabila bt. Mohd Fairos, Johan Hafazan Perempuan dan Ammar bin Azizi, Johan Bercerita Lelaki. Manakala adik Sofia Balqis bt. Yusnaini Amir mendapat tempat kedua Hafazan...
Read More

Wednesday, 3 April 2013

Pertandingan Bola Baling Kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada hari selasa bersamaan 2hb April 2013 bertempat di padang SK Khir Johari, telah berlangsung perlawanan bola baling peringkat kelompok 7 daerah Hilir Perak bagi tahun 2013 yang telah dianjurkan oleh SJK(t) Tun Sambathan. Sekolah kita telah menyertai bagi kategori lelaki dan telah berjaya mengharungi 4 perlawanan dan berada di tempat ke tiga keseluruhan dengan 3 kemenangan dan 1 kekalahan. Walau bagaimana pun pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan kepada guru-guru dan murid-murid yang...
Read More

Hot Topics

© 2025 Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena