Thursday, 21 March 2013

Jemputan ke Mesyuarat PIBG Ke-33 dan Pelancaran i-THINK

Assalamualaikum dan salam sejahtera "SEMUA DIJEMPUT HADIR" ...
Read More

Monday, 18 March 2013

Pemenang Balapan dan Padang MSSD Hilir Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada Hari Sabtu bersamaan 16 Mac 2013, berlangsung pertandingan Balapan dan Padang Daerah Hilir Perak di Stadium Mini Sabak Bernam. Alhamdulillah, dua orang murid SKS telah berjaya memperolehi pingat, 1 emas dan 1 perak dalam acara lontar peluru perempuan kelas 5 dan acara 200m perempuan kelas 6. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan kepada yang gagal janganlah berputus asa dan teruskan usaha agar membuahkan hasilnya pada masa yang akan datang. Jutaan terima...
Read More

Friday, 15 March 2013

Majlis Perpisahan Ustazah Nurul Hernani

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada hari ini berlangsung secara ringkas majlis perpisahan khas buat Cik Nurul Hernani yang akan berpindah dan memulakan tugasnya di sekolah baru di SK Bagan Pasir. Tidak sampai 3 bulan Cik Nurul Hernani memulakan tugasnya di SKS, kini beliau tukarkan pula dari SKS ke SK Bagan Pasir. Walaupun singkat namun segala pengalaman dan jerih perih beliau sepanjang berada di SKS akan sentiasa dikenang dan pihak pentadbiran SKS ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini. Berikut...
Read More

Thursday, 14 March 2013

Keputusan MTQ Daerah Hilir Perak 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana keputusan MTQ Daerah Hilir Perak bagi tahun 2013 telah berjaya diperolehi dan murid-murid SKS berjaya menempatkan diri dalam hampir semua acara yang dipertandingkan bagi peringkat akhir MTQ yang akan dimaklumkan kemudian. Pada peringkat akhir MTQ ini, bagi semua acara iaitu Tilawah Al-Quran (L) dan (P), Hafazan (L) dan (P) dan Bercerita (L) dan (P), hanya 3 orang murid akan bertanding kembali bagi merebut tempat pertama bagi acara yang terlibat. Berikut adalah senarai nama murid SKS yang berjaya menempatkan diri ke pusingan akhir...
Read More

Monday, 11 March 2013

Kem Kepimpinan Pengawas dan Pengawas PSS 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 9hb Mac 2013 bersamaan hari sabtu, Unit HEM Sekolah Kebangsaan Selekoh telah mengadakan majlis Kem Kepimpinan Pengawas dan Pengawas PSS 2013 bermula jam 8.00 pagi di PKG Selekoh. Pihak sekolah telah menjemput 2 orang penceramah jemputan bagi mengendalikan majlis ini dengan lancar dan disertai oleh 40 murid yang memegang jawatan sebagai pengawas dan pengawas PSS SK Selekoh bagi sesi 2013. Berikut adalah gambaran perjalanan Kem Kepimpinan tersebut. ...
Read More

Thursday, 7 March 2013

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah Rendah Peringkat Zon 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada hari Khamis bersamaan 7hb Mac 2013, berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran di SKS bagi sekolah rendah Hilir Perak (zon 4) kelompok 7 dan 8 bermula jam 2.30 ptg. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah seperti, Tilawah (L) dan (P), Hafazan (L) dan (P), dan Bercerita (L) dan (P). Berikut adalah gambaran majlis yang berlangsung. ...
Read More

Pertandingan Bola Jaring Kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahatera Pada 5 Mac 2013 bersamaan hari Rabu jam 2.30 petang berlangsung perlawanan bola jaring peringkat kelompok 7 yang diadakan di padang SK Sg. Batang. Sekolah kita telah berjaya mengharungi perlawanan dengan jayanya dan berjaya memperolehi tempat ke tiga keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terlibat dan guru-guru yang melatih murid kita sehingga berjaya melangkah ke peringkat ini. Semoga di edisi yang akan datang sekolah kita berjaya memperbaiki kedudukan dan menjadi johan. InsyaAllah....
Read More

Tuesday, 5 March 2013

Separuh Akhir Bola Sepak kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada hari isnin bersamaan 4 Mac 2013, di padang SK Khir Johari, berlangsung perlawanan separuh akhir dan akhir pertandingan bola sepak kelompok 7 bermula jam 2.30 ptg, sekolah kita telah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan bertemu dengan SK Sg. Batang bagi merebut tempat ke akhir. Pada perlawanan tersebut sekolah kita telah kecundang dalam kiraan 4-3 sepakan penalti setelah teringkat  tanpa jaringan setelah beraksi selama lebih kurang 30 minit. Kemudian bagi penentu tempat...
Read More

Sunday, 3 March 2013

Pertandingan Bola Sepak Kelompok 7 (sr) 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada hari sabtu 2hb Mac 2013 berlangsung perlawanan bola sepak kelompok 7 (sr) 2013 yang berlangsung pada jam 8.00 pagi di padang dan dianjurkan oleh SK Khir Johari. Seramai 7 sekolah kelompok 7 yang menyertai dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, A dan B. Alhamdulillah, sekolah kita berjaya melepasi halangan dalam peringkat kumpulan dan mendapat tempat kedua di dalam kumpulan A selepas memenangi 1 perlawanan dan seri baki 2 perlawanan dan mengumpul sebanyak 5 mata keseluruhan di bawah tempat...
Read More

Hot Topics

© 2025 Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena