Wednesday 16 January 2013

Pertandingan Catur peringkat Kelompok 7 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 15hb Januari bersamaan hari selasa, telah berlangsung Pertandingan Catur Peringkat kelompok 7 di SJK (T) Ladang New Coconut. Sekolah kita telah menghantar 4 orang wakil yang terdiri daripada 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan yang telah dibimbing dan dilatih oleh cikgu Noor Azri. Seorang murid SKS iaitu Muhammad Amirrul Hafiz b. Mohammad Suhaimi dari tahun 6 telah berjaya mendapat tempat 3 dan layak untuk ke peringkat Daerah. Tahniah diucapkan. Bagi yang gagal jangan berputus asa dan terus bangkit dari kegagalan bagi menempa kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan kelak. InsyaAllah. 

Nur Ashikin bt Amir Hamzah mendapat tempat ke-6 (perempuan)

Muhammad Muaz Hafizi b Alias mendapat tempat ke-7(Lelaki)

Nur Amira Adlina bt Mohd Syed Jaafar mendapat tempat ke-11 (perempuan)



Muhammad Amirrul Hafiz b. Mohammad Suhaimi mendapat tempat ke-3 (lelaki)

Muhammad Amirrul Hafiz b. Mohammad Suhaimi menerima hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar SK Selekoh Tn. Hj. Misran b. Taib PJK diiringi PK Pentadbiran En. Khairussalleh b Abd. Halim ketika perhimpunan rasmi sekolah.



0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena