Tuesday 26 June 2012

Latihan Rumah Sukan SKS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Beberapa hari yang lalu telah berlangsung latihan rumah sukan SKS bermula dari hari isnin, selasa dan rabu jam 3.00 petang dan berakhir 5.00 petang. Kesungguhan dan azam yang tinggi bagi meraih kejayaan dalam setiap acara dipertandingkan terpancar di setiap riak wajah murid-murid SKS. Sukan sekolah akan diadakan pada 19 Julai 2012 bertempat di padang sekolah bermula jam 2.30 petang dan akan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Pendidikan Daerah Hilir Perak. Rumah sukan dibahagikan kepada 3 kumpulan rumah Hijau, Jingga dan rumah Ungu. Acara yang akan dipertandingkan adalah 80m, 100m, 200m, 4x100m, 4x200m, 100m berpagar, lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. Sukaneka juga akan dijalankan. Sukantara pula akan dijalankan pada 27 Jun 2012 bagi beberapa acara. Dalam sesi latihan yang dijalankan, murid-murid diminta membawa air yang telah dimasak di rumah, untuk dikongsi bersama dalam penyediaan minuman ketika latihan sukan dijalankan. Penyediaan minuman dikawal selia oleh Cikgu Zairiah dan dibantu oleh beberapa orang guru. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang hadir dalam sesi latihan ini. 

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

























0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena