Wednesday 16 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Sekolah

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Bagi SK Selekoh pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meraikan guru-guru. Sesi pertama sambutan dimulakan dengan acara sukaneka. Seterusnya acara sesi pertama ditamatkan dengan jamuan guru dan murid.


Bagi sesi seterusnya acara ucapan dari wakil guru diikuti Perutusan Menteri pelajaran dan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Selepas perutusan dibacakan guru-guru berkumpul untuk bacaan ikrar guru dengan dipimpin oleh PK Koku, cikgu Hirudin. Seterusnya guru-guru menyanyikan Lagu Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Acara diteruskan dengan persembahan murid, anugerah staf dan guru penyayang, pertukaran hadiah sesama guru dan staf dan cabutan bertuah. Acara ditamatkan dengan sesi pemberian hadiah kepada guru-guru oleh murid-murid SK Selekoh.



0 ulasan:

Post a Comment

Hot Topics

© Blog Sekolah Kebangsaan Selekoh, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena